Thursday, January 5, 2012

TERKUNCI

Semua ruang sudah tiada bagiku
Semua kekosongan kembali mewarnainya
Semua masa dan waktu terisi gelisah
Mencari namun tak ketemu
Sesat dalam ruang yang sempit
Sudah tiadakah ruang itu
Yang penah aku isi..
Yang pernah bersarang
  dalam warna senyuman
  dalam irama dan nada  yg indah tanpa gundah

Sunday, January 1, 2012

SILAP KUNCI JAM

Bangun pagi,setelah jam di HP berbunyi.mandi dan wuduk...selesai, berpakaian kerja,kemas(agaknya) terus menunaikan fardhu Subuh. Dah siap-siap nak gi kerja, sambil menjeling jam dinding...ALAMAK..baru jam 5.00 pagi? aduuuhhh.... nak tido balik dah kesuntukan masa...tunggu jer la...
Moral of the story..lain kali sebelum mandi tengok jam. Kadang HP kita pandai menipu. Silap kita kunci jam..meneyebabkan kita bangun tak ikut masa.

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun baru, nak ucap pada siapa? pada diri sendiri la..pada siapa lagi. Terasa tahun 2011 pergi dengan penuh kenangan yang amat manis, gembira walaupun penuh dengan kontrovesi.
Selalu terjadi kontrovesi apabila orang tidak memahami apa yang kita lakukan. Mereka hanya nampak dari luar sahaja, dan tidak pernah menyelami apa yang terkandung dalam nya.
Semoga tahun 2012 ini akan berlalu dengan susasana yang amat mengembirakan. Walaupun terlalu banyak kehilangan berlaku. Hilang sesuatu yang mencuit kenangan, hilang sebuah memori indah. Hilang rakan-rakan yang selama ini banyak membantu. Demi satu kebahgiaan dan kerukunan terpaksa juga kita hadapi dan laluinya dengan tabah.
Tahun 2012 dengan semangat baru,azam baru dan cita-cita baru.