Inilah rupa saya.
Salam Pertemuan,
Mungkin pengunjung nak tahu juga siapa saya empunya blog yang amat simple ni. Bukan tak reti nak buat canggih dengan pelbagai wiget. Tapi saya malas sangat nak hias blog ni dengan pelbagai Wiget yang boleh diperolehi secara percuma. Cuma saya rasa "Serabut" sangat dengan pelbagai wiget yang dimuatkan oleh tuan punya blog lain. Dah lah begitu kadangkala wiget ni menggangu capaian maklumat yang dipaparkan di Laman Blong mereka. Kan bagus jika kita muatkan yang penting sahaja.
Ok ni nak cerita pasal saya, nak mulakan di mana ya? Negeri asal saya tak lain adalah negeri Tanah serendah sekebun Bunga, Klate la. Lahir di Kawasan pendalaman (masa itu), iaitu Gua Musang (sekarang dah jadi bandar pesat membangun)
sekarang dekat nak pencen dah (2015).
Pertama kali saya menjamah papan kekunci adalah tahun 1986 kalau tak silap perhitungan. Masa tu ada pameran di Bandar kucing oleh Jabatan Pendidikan Sarawak. Masa tu saya ditempatkan di Bumi kenyalang sebagai guru terlatih dari MPLP (Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur). Perisian yang di bina tak lah canggih sangat jika dilihat masa kini, tapi masa tu punya lah canggih. Sejak itu saya menanam satu azam, untuk menjadi seorang yang reti programming komputer, nak bina perisian sendiri untuk diguna pakai oleh warga pendidik atau sesiapa sahaja yang nak guna. Impian itu sudah tercapai sebenarnya, cuma perisian yang saya bina amat terhad dan kurang promosi so tak popular lah dalah kata lain. Perisian ni berkembang ikut peredaran masa, kalau tak update dan tak buat penambahbaikan, lama-lama versi perisian itu juga akan dilupakan.Ok kita lupakan sejenak pasal perisian , kita tumpukan pada perihal diri saya, nanti saya sentuh lah secara tak langsuang.
Pada tahun 1989 (akhir tahun) saya ditukarkan ke Kelantan, Di kelantan saya tak jumpa sangat komputer, apakah terlewat teknologi ini tiba pun tak tahu lah. Dek kerana tekanan hidup yang baru nak mula di Negeri Tanah Tumpah darah ni, saya bekerja secara sambilan sebagai jurujual satu syarikat jualan langsung (macam SINGER jugak la). Kebetulan syarikat memerlukan seorang yang Tahu pasal komputer, mudah nak jual katanya. jadi saya menawarkan diri untuk menjadi jurujual komputer. Masa tu kalau nak mulakan komputer kena pakai disket yang besar, mana ada harddisk, model pun jenis XT. Tak tahu lah generasi sekarang tahu ke tidak pasal evolusi prosesor keluaran intel ni. Yang ada masa itu adalah IBM dan juga Apple. Saya memilih IBM kerana Apple masa tu saya tak di dedahkan sangat.
Terfikir oleh saya untuk menyediakan seunit komputer di sekolah, Maka saya ketika itu menjadi AJK Pusat sumber menerbitkan satu makalah khas untuk murid, di mana di dalam nya terkandung artikel-artikel yang ditulis oleh saya dan juga seleksi dari tulisan murid. Makalah tersebut mengandungi 3 helai kertas dan 6 muka surat sahaja dimuatkan juga satu muka surat untuk pertandingan mewarna. Murid yang nak asah bakat mewarna boleh dapatkannya dnegan harga 20 sen. Hasil jualannya saya gunakan separuh untuk membeli hadiah dan separuh saya kumoulkan untuk memberi Part komputer. Makan bulan jugak lah nak dapatkan sebuah komputer, al-maklumlah komputer masa tu boleh tahan harganya. Barang mewah lah katakan.
Bila dah cukup, saya pasang sendiri hingga lengkap dan bila tekan suis ia berfungsi. Masa tu monitor pun bukannya pelbagai warna. Saya gunakan yang berwarna hijau (monocrome). Itu pun dah cukup baik. Nak boot pakai disket yang besar (generasi sekarang sah tak pernah tengok). Syukur akhirnya sekolah saya memiliki sebuah komputer peribadi walaupun masa tu hanya model XT sahaja. Sekolah lain di sekitar mana ada komputer. Saya menfaatkan komputer tersebut untuk sekolah, antaranya saya menubuhkan satu pasukan Catur sekolah (apa kaitannya). Saya mana mahir main catur, nak ajar budak pulak, dengan adanya komputer ini saya hanya perlu ajarkan murid pasal pergerakan asas sahaja, nak latih guna komputer, murid pertama saya dapat mengalahkan pasukan sekolah berhampiran (masa itu dikenali sebagai Zon). Masuk tahun kedua, pasukan ini semakin kukuh dan seorang murid saya berjaya mewakili negeri kelantan ke pertandingan catur kebangsaan. Tak bangga ke?
Masa ini perisian yang popular adalah wordstar,Profesional Write,Fontasy,Lotus 123,printshop (untuk grafik).Semua perisian ni memang makanan saya lah. Windows mana ada lagi,Microsoft dah ada lah..semua pakai dos command.
Hasil dari komputer ini juga saya mampu menyiapkan satu buku paling penting bagi sekolah ,iaitu "Blue Print" . rasanya setebal 3 inci, muka surat tak ingatlah lebih 100 muka surat kot. saya buat seorang sahaja, menggunakan komputer sepenuhnya.
Ketika ini saya telah berhenti bekerja partime dengan syarikat jualan langsung tersebut dan bekerja sambilan di sebuah kedai komputer milik bumiputra di Kota Bharu. Di sini banyak ilmu yang saya timba, Ada beberapa perisian yang saya bina sendiri antaranya "Montaj syarikat". bila user on PC, akan keluar satu montaj pendek menyatakan bahawa pc ini dipasang di kedai ini. Wah popular jugaklah saya dikalangan pengguna komputer. Mereka memanggil saya sebagai "Nana". Kalau nak service komputer agensi(JKR,Air Kelantan,Risda), mereka nak Nana yang service, sebab cepat dan tip-top.
Ketika ini juga saya membina beberpa perisian untuk kegunaan sekolah, antaranya perisian mengurus pinjaman buku di Perpustakaan, Perisian kegunaan pejabat saperti mengurus murid ke Klinik atau rawatan di hospital kerajaan, Urus surat rawatan guru, Mencetak Jadual Waktu Guru dan sistem pengurusan murid.Kebanyakan perisian ini untuk kegunaan sekolah saya sahaja, tidak diedarkan untuk sekolah lain (sebab tu tak popular). Pengguna pun hanya orang yang ada di sekolah itu sahaja.
Perisian yang saya maksudkan adalah yang diprogram sendiri, dan stand-alone.
Kemahiran komputer yang saya ada? nak tahu jugak? ok...kita kira perisian semasa..Ini kemahiran yang saya ada sekarang.
1. Baikpulih Komputer (semua jenis PC)
2. Networking
3. Hack (lama dah tinggal, ingat-ingat lupa)
4. Perisian MS Office (termasuk baik pulih)
5. Perisian Grafik- fotoshop dll
6. Filemaker (Programming)
7. Internet-Concept
8. Audio Editing- concept and editing
9. Video Editing - Concept and Editing
10. Software maintainer and cracker
dan lain-lain lagi lah (tak semua jugak).
ORANG PERTAMA
1. Guru Di sekolah saya (1990) yang tahu pasal komputer
2. Menyediakan buku Blue-Print menggunakan komputer sepenuhnya di Kota Bharu.(negeri tak tahu, tak ada rekod)
3. Menggunakan Power-point di JPN Kelantan.
- menyediakan persembahan untuk PPD Kota Bharu di pebentangan seminar di Johor Baru, Satu-satunya Pebentang menggunakan Powerpoint.
4. Guru Menerbitkan Video CD Dikir Barat di Kelantan.
5. PPDKB Membina Laman Web .
6. PPDKB menggunakan email sebagai media penghantaran surat di Kota Bharu.
ada lagi kot? entah..kena fikir dulu,kena ingat balik.
Ok rasanya cukup kot buat kali ini. salam dan selamat membaca satu cerita yang saya rasa perlu saya rekodkan di sini. Satu pengalaman untuk tatapan anak cucu saya yang akan datang, itupun kalau Blog ini masih ada.
Sekurangnya mereka tahu, inilah " my great-great granfather" .
No comments:
Post a Comment