Saturday, November 23, 2013

CUTI yang Tak Jadi

Sempena Cuti sekolah ni, ingat nak bercuti, nak melawat cucu ke Rompin Pahang. Sayangnya bila tengok bajet..tidak mencukupi. Kalau pergi makan angin banyak perkara yg akan tergendala.
Ini lah, apabila banyak Komitmen yg perlu di ambil kira. Walaupun nampak Gaji agak lumayan, makin banyak gaji makin banyak yang perlu dibelanjakan ..semua demi kebahgian dan kemudahan anak-anak. Itulah pengorbanan seorang bapa yang kadang kala tidak di ketahui oleh anak-anak. Dan Bapa tidak ingin menceritakan kesukarannya kepada anak-anak.
Nak minta bantuan anak-anak yang sudah ada kerjaya? rasanya tak sampai hati, mereka pun ada komitmen sebagaimana kita jugak. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Tak pasal-pasal di sebabkan kita orang tua mereka pulak merana. Apa yang di harapkan oleh orang tua adalaha anak-anak mereka hidup aman bahgia. Itulah pengorbanan yang tidak ada kesudahannya.
Tak apa, nanti Allah Taala akan berikan kita rezeki, insyaalah kita akan bercuti. Semoga diperkenankan oleh Allah.

Thursday, November 21, 2013

DiBersarakan Oleh Yang Maha Esa.

Hari ini baru sahaja selesai berbual pasal kawan yang meninggal dunia akibat serangan angin ahmar atau strok, aku dikejutkan dengan berita kematian kakitangan sekolah lama yang juga sahabat. Cikgu Saidi, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Chenulang.
Terkejut juga, mengikut cerita beliau beriadah dengan basikal racing nya dan singga di sebuah kedai kopi, rebah dan terus menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Alfatihah...untuk Arwah.
Beliau rakan pentadbir yang low profail, bersahaja dan amat akur pada arahan.
Inilah yang dikatakan Bersara wajib terus dari semua...Kita sempat ke tidak menikmati perasaan kerjaya kita? Sebab-sebab kematian adalah kegagalan Jantung ,penyakit yang biasa di hadapi oleh manusia sekarang. Penyakit yang tidak mempunyai sebarang tanda awal.ia menyerang orang yang sihat.
Moga roh nya bersama orang yang soleh...Amin

Tuesday, November 19, 2013

Kita Semakin Jauh

Dah masuk penghujung tahun 2013. Mengapa rasa macam kita semakin jauh ya? Awak sudak sukar saya temui. Semakin payah untuk berbicara. Sudah hilang layananya pada tetamunya.
Kita semakin jauh,
Jauh hingga sukar dilaungkan
Hingga payah menjamah bayang
Kita semakin jauh kah?