Semakin hari semakin aku kehilangan kawan yang mampu mendengar coretan hati, luahan rasa, tempat bersenda..
Ketika Arwah Ayah aku ada, sekurangnya da juga tempat aku berbual, mengusik dan bersenda. Masih terbayang gelak tawa nya ketika aku membuat lawak depannya. Terbayang wajahnya yang tersengih tanpa gigi depan. Keningnya yang agak panjang, sesekali aku lihat kening aku yang seiras keningnya.
Benarlah kata orang, kadang ketika ada kita tidak rasa apa-apa, apabila ketiadaannnya baru kita tahu kita memang terasa kehilangannya. Apatah lagi dengan pelbagai kejadiaan serta suasana kelam kabut semenjak ketiadaannya.Kesilapan siapakah hingga terjadinya suasana kelam satu persatu.
Bertambah sayu lagi apabila "Pondok Bahgia" nama rumah kami yang di berikan oleh ayah di beritakan akan bertukar tangan. Keputusan ibu dan adik bongsu kami yang sedang sibuk mencari pembeli dan pembida rumah tersebut. Tempat aku bermain, tempat aku bergelak ketawa akan hilang tidak lama lagi. Apa lagi yg mampu aku lakukan untuk mempertahankan rumah dan tapak rumah itu yang aku sendiri tiada kudrat.
Silapnya apa bila tanah pusaka tersebut jatuh ke tangan anak yang hanya mementingkan kemewahan. Apabila kemewahan yang dikejarnya hampir menjerut kehidupannya, membuatkan ia erpaksa mencari jalan mudah dengan merelakan tanah pusaka itu menjadi milik orang lain, harapan agar tukarannya akan membantu kehidupan dan menyambung tabiat bermewah.
Satu-satunya pusaka yang sepatutnya dijaga dengan sempurna.
Kadangkala sepi itu membuatkan rasa terkilan. Siapa kawan aku yang mampu mendengar curahan rasa aku ini kan? kawan pun semakin menjauh, semakin hilang mungkin kerana aku sekarang bukan saperti aku yang dulu. Jawatan aku kini membuatkan kawan-kawan semakin suram. Agaknya sebab aku berstatus yang agak lain dari dulu, menyebabkan mereka sukar menyesuaikan diri dengan aku sekarang.
Rakan Maya aku pun semakin menjauhkan diri. Semakin pudar...tidak mustahil suatu masa nanti akan lenyap. Dan aku sendiri tidak selesa menjalin hubungan kawan dengan orang yang sama dengan aku, perasaan merendah diri atas kekurangan pada diri sendiri menyebabkan aku rasa tidak setaraf dengan mereka. Kadangkala agak sunyi lantaran kekurangan pada diri sendiri yang tiada berharta tidak saperti orang lain yang sejawatan dengan aku. Yang ketara apabila kami bermesyuarat, orang lain dengan Jenama Honda, Vios , Mercedes sedangkan aku dengan Wira buruk. Tapi syukur kerana aku bekerja dengan penuh keikhlasan dan kenaikan pangkat aku kerana diri aku bukan kerana sogokkan. Tidak hairan lah kalau Boss aku tidak pernah mengenali aku, dan tidak memberi ruang untuk aku mengekspose diri aku.
Terima kasih kawan-kawan yang pernah mengenali aku.Semoga apa yang aku rasa sebenarnya tidak berlaku.Sekadar rasa sahaja....