Thursday, November 5, 2015

One Drive Storage

Sudah hampir melebihi 3 tahun aku menggunakan penyimpanan dokumen di dalam Dropbox. Dan dah berapa lama aku ;upa pulak simpan dokumen di dalam Google Drive. Manakala gambar-gambar banyak aku simpan di dalam Picasa web.
Bila aku menggunakan OS windows 10, ada ternampak One Drive. Aku nak cuba lah, apa benda yang di namakan One drive ni.

Konsepnya sama dengan Cloud Drive yang lain, cuma One Drive keluaran Microsof ni telah menempatkan perisian Microsoft office bersama nya. Dalam kata lain penyuntingan dan juga membuat dokumen baru boleh dilakukan secara atas talian.
Sebagai permulaan , Microsoft memberi kita sebanyak 15GB secara percuma, apabila kita mencadangkan kepada sahabat handai dan mereka menggunakannya, kita diberi 0.5 GB pula percuma. Nak lebih kena bayar lah. 30 GB tu tak tau pulak kenapa.
Senarai harga langganan kalau mahu lebih storage.


Perisian yang sedia di muatkan secara atas talian untuk kemudahan kita membuat suntingan dan juga mencipta fail baru. Jadi tidak payah nak install perisian Microsoft


Powerpoint secara atas talian.
Tak perlu lagi kita nak install perisian microsoft di dalam komputer kita, cuba perlulah ada talian nternet.