Friday, February 12, 2016

Bateri Vs Adaptor

Saya perhatikan pengguna laptop terutama student dan terbaca dalam artikel cara penjagaan dan penggunaan Laptop di Interintenet. Antaranya adalah apabila menggunakan Charger, pengguna perlu mengeluarkan bateri dari laptop tersebut. Alasannya adalah bagi menjamin ketahanan bateri. Kalau nak guna eletrik, perlu cabut bateri dahulu.
Soalan saya, adakah anda mencabut bateri ketika anda mengcaj telefon dalam masa yang sama anda menggunakan telefon anda? tidak kan?
Ok, ini adalah jawapan saya bagi permasalahan di atas.
Saya bukanlah seorang yang mempunyai ijazah dalam bidang ini, namun begitu saya banyak mempelajari bidang ini (Elektronik dan komputer)
Bateri Laptop dan juga bateri telefon telah dilengkapi beberapa ciri iaitu:-
Auto cut-off - Fungsi ini adalah bertujuan untuk mengelakkan dari bateri perlatan kita terlebih caj atau terlalu panas ketika proses mengecaj. Jadi tidak perlu risau kalau bateri kita sentiasa berada bersama Laptop walaupun dalam masa yang sama kita menggunakan power cord (adaptor)
Laptop zaman sekarang, terutama yang ultra Thin Baterinya tidak dapat dipisahkan dari Laptop.
Apakah yg akan jadi kalau kita pisahkan Bateri dari laptop kita ketika kita menggunakan power cord?

Cuba perhatikan kuasa Voltage pada beteri laptop kita, berapa kah yang dibekalkan kepada laptop (ini sebenarnya keperluannya)


Laptop hanya memerlukan 11.1 Volt sahaja untuk menghidupkannya. Berbanding dengan kuasa yang dibekalkan oleh Adaptor.

Kuasa yang di bekalkan oleh power adaptor laptop anda adalah seharusnya melebih Voltage Bateri, bagi membolehkan ia mengecaj bateri.  

Oleh yang demikian, sekiranya anda menggunakan kuasa terus dari Power adaptor, anda membekalkan kuasa yang melebih dari kuasa yang diperlukan. Mentol lampu apabula kita membekalkan kuasa melebih had sepatutnya kita berikan, ia akan terbakar atau rosak. Begitu jugalah Laptop kita. Ia memerlukan hanya 11.1 Volt sahaja, tetapi apabila kita mencabut bateri, kuasa yang dibekalkan adalah 19.5 Volt, fikirkan apakah yang akan terjadi pada laptop kita? akan merosakan papaninduknya (motherboard).

Jadi, jangan percaya MITOS kalau nakguna adaptor (kononnya menjaga hayat bateri), cabut bateri laptop anda. Kerana ini tidak benar . Kalau benar pun, manakah yang anda lebih sayang? bateri atau motherboard? Bateri hanya rm250, Motheboard RM700.

Tip menjaga bateri mudah sahaja, ketika anda membeli laptop, jangan sesekali Onkannya atau gunakannya. Caj dahulu selama 8 Jam, kemudian gunalah semahu dan sesuka hati anda.
Tambahan : Anda memiliki motosikal Honda C70 tak ? tak ada? tak apa, saya nak ceritakan kepada anda. Pengguna Motosikal ini selalu menghadapi masalah lampu sering terbakar kerana bateri motosikalnya kondem. Selagi tak tukar bateri, selagi itulah pengguna akan berulang alik ke kedai membeli mentolnya.
Kenapa? sebab injin akan menjana eletrik melebih Volt Bateri bagi tujuan mengcaj bateri tersebut. Apabila baterinya tiada kuasa letrik akan terus ke mentol menyebabkan mentol akan terbakar. Perkara yang sama juga berlaku pada laptop anda.

Terima kasih.