Tuesday, April 3, 2018

LAGU Ciptaan Sendiri

Sudah lama jugak Au tak jenguk Blog Aku ini. Mesti dia terasa susah hati atau rasa Jauh Hati kan. Maaf lah, Kadangkala aku terlupa atau Kesibukan yang membataskan aku untuk menulis.
So Cerita Hari ini adalah pasal lagu.
Aku bukan lah seorang Komposer lagu, Walaupun pernah mencipta beberapa lagu untuk Kumpulan Band aku sendiri dan lagu sekolah. Namun kali ini aku telah diilhamkan untuk mencipta lagu. Tak tahu lah macamana dengan mutu . Aku tau cipta dan nyanyi sahaja.
 











Lagu Saat yang Di Nanti.
Lagu ini Adalah dari ilham setelah malam tak ada apa aktiviti yang harus di lakukan.
 Sebenarnya mencipta lagu ni,Bukan satu perkara yg mudah jugak. Dan apabila kita mampu mencipta sesuatu, ia memberikan kita satu kepuasan.
Namun begitu, kita ni kan amatur sahaja apa sahaja yg kita buat takkan mendapat apa-apa perhatian berbeza dengan orang yang mempunyai nama. Kalau orang yang punya nama, gah di mata dunia, lagu cok cok kendong pun menjadi hit. Sebelum di pertonton pun sudah ada yang menanti kemunculannya. Tak sampai seminggu lagunya mencecah jutaan tontonan.
Orang amatur, seminggu nak dapat sepuluh pun susah. Orang kita tak suka sharekan lagu dari orang yang dia tak kenal.Walau sebaik mana  pun hasil ciptaan nya.

Lagu ini saya hadiahkan kepada seseorang, orang yg saya hadiahkan itu pun tak rasa apa-apa. Tak ada respon pun pasal lagu ini. Maknanya lagu ini tak sempurna agaknya kot.

tapi suatu masa nanti,Lagu ini mungkin akan jadi siulan anak muda kot...kena ada kot.ssebab kemungkinan masa hadapan kita tak tahu.

Semoga anda semua terhibur dengan persembahan saya.