Friday, December 30, 2011

Jangan Hampakan Orang.

Jangan Hampakan orang, itulah kata-kata yang sering aku pegang hingga kini. Ia memberi makna setiap apa sahaja harapan yg di hulurkan kepada kita, ia menjadi satu tanggung jawab agar harapan itu tidak dihampakan.
Pada aku biar aku dihampakan dari aku menghampakan. antara harapan orang yang tak dapat kita hampakan adalah:-
1. Bila orang menghantar mesej, terus aku balas.
2. Bila orang call, kalau tak sempat jawab aku akan call balik
3. Bila berjanji, akan aku tepati masanya. Malah akan menanti terlebih awal.
4. Bila orang meminta, segera aku hulurkan (sekiranya aku ada)
5. bila orang minta bantuan, segera aku hulur tangan.

Tidak bolehkan orang lain juga lakukan sebagaimana yang aku lakukan pada mereka?.Kadang kala rasa macam hidung tak mancung Pipi tersorong-sorong je.Muka tak malu kan? .Prinsip tetap prinsip.

KASIH BERBAHAGI BERBELAH

Ketika duduk sorang-sorang,sambil berfikir mengapa ramai kaum Hawa tidak mahu dan suka jika di madukan. Lama dok cuba rungkai dan beberapa dapatan yang aku temui. Antaranya :-
1. Perbandingan bermadu ibarat "Cerita Hantu" di mana dalam cerita itu mengatakan pokok beringin atau Bunut hujung kampung berpuaka, tidak seorang pun yang berani untuk mengampirinya. Begitu juga bermadu, dalam cerita yang kita dengar banyak yang kesengsaraan dari keindahan.Maka tidak siapa mahu menghampirinya.
2. Sebenarnya Kaum Hawa bukan tidak mahu kasih berbahagi dua,tiga atau empat. Kalau mereka tidak bermadu pun, mereka selalu juga ditinggalkan. Sebenarnya mereka tidak mahu Hasil pendapatan suami mereka di bahagikan kepada orang lain. Sebab itu kadangkala mereka memberi syarat kalau suami mereka mahu bernikah lagi. antaranya mereka minta belanja tetap setiap bulan "kalau abang nak bermadu boleh, saya nak RM5000 sebulan".
3. Kebanyakan lelaki yang ingin bermadu, mereka tidak bijak mengurus Isteri mereka. Bijak menipu, sedangkan zaman sekarang meniou amat mudah dikesan.
4. Kebanyakan lelaki yang bermadu, selalu membuat perbandingan antara isteri-isteri mereka. Kononnnya ingin menjaga hati isteri.Duduk besama isteri pertama memuji isteri pertama dan memburukkan isteri yang lain. Bila bersama isteri kedua perkara sama juga berlaku.
5.Suami tidak menunjukkan contoh teladan yang baik kepada isterinya.

Kalau mahu berpoligami, lengkapkan diri dahulu dengan nilmu-ilmu yang boleh menjaga kesejahteraaan keluarga. Poligami bukan untuk memuaskan nafsu. Tapi mencipta SATU keluarga yang harmanis yang penuh dengan kasih sayang.


Monday, December 12, 2011

Pengorbanan

Kita sebenarnya sering melakukan pengorbanan. Kalau zaman dahulu,zaman jahiliah pengorbanan nyawa manusia untuk dipersembahkan kepada dewa mereka, Kisah Nabi antaranya:-
Pada zaman Nabi Adam, korban dilaksanakan oleh anaknya, Qabil dan Habil. Menurut sejarah, kekayaan yang dimiliki Qabil mewakili kelompok golongan petani, sedangkan Habil mewakili kelompok penternak. Pada waktu itu, sudah mula ada perintah, sesiapa yang memiliki harta banyak, maka sebahagian hartanya hendaklah dikeluarkan untuk korban.
Hal itu diungkapkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika mana kedua-duanya mempersembahkan ibadat korban, maka diterima daripada salah seorang dari mereka berdua (Habil), dan tidak diterima daripada yang lain (Qabil). Lalu ia berkata: Aku pasti membunuhnya (Habil).” (Surah al-Maidah, ayat 27) Ayat di atas, membuktikan korban Habil diterima di sisi Allah atas dasar niat yang ikhlas dan taat dalam menjalankan perintah Allah. Korban Qabil tidak diterima Allah, kerana mengandungi unsur tidak ikhlas dan taat. Akhirnya, terjadilah peristiwa dan tragedi pembunuhan ke atas Habil oleh tindakan dendam kesumat Qabil. Sejarawan dan ahli tafsir menyatakan, itulah pembunuhan pertama dilakukan di kalangan umat manusia sejak bumi didiami insan.
Pengorbanan yang dilakukan dalam kisah pembunuhnan di atas sebenarnya jikia ditinjau dari aspek lain adalah sebagai pemberitahuan bahawa nyawa manusia boleh dihentikan dengan cara yang dilakukan oleh Habil yang mencabut nyawa saudaranya Qabil.
Dalam sejarah juga menceritakan kejadian itu juga dilakukan oleh dua ekor gagak, dimana seekor gagak telah mati dan yang hidup mengais-ngais tanah untuk mengebumikan rakannya yang telah hilang nyawanya.Ia memberi ilham kepada Habil untuk melakukan perkara yang sama.
Dalam kata lain, pengorbanan selalu berlaku dan ianya mempunyai sebab dan Hikmah di atas setiap pengorbanan yang berlaku.
Pengorbanan yang paling dituntut adalah pengorbanan kepada Negara,Agama dan Bangsa. Berapa ramai anggota keselamatan kita terkorban demi negara. Berapa ramai pejuang tanah air kita terkorban demi tanah air. Mat Kilau,Tok Janggut, Dato' Bahaman, Left. Adenan mereka semua berjuang dan berkorban demi negara.
Kita? Yang biasa berlaku adalah KORBAN PERCINTAAN. Kalau anda ingin berkorban biarlah ianya satu pengorbanan yang ikhlas.Pengorbanan adalah satu Kehormatan. Ianya akan jadi satu kepuasan.


Kisah korban seterusnya adalah pada zaman Nabi Ibrahim. Baginda bermimpi mendapat perintah daripada Allah supaya menyembelih anaknya Ismail. Keikhlasan dan ketaatannya diberi imbalan oleh Allah, iaitu menyelamatkan Ismail dan menggantikannya dengan seekor kibasy. Peristiwa korban itu memberikan teladan, untuk meraih kemuliaan pastilah dilalui dengan pengorbanan. Berjuang untuk mencapai kemuliaan, ternyata mesti ditempuh dengan berkorban.

Korban kategori ketiga, ialah zaman Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat perkara yang diingininya).” (Surah al-Kauthar, ayat 1-3)

Dalam hidup kita seharian, kita juga sering melakukan pengorbanan. Banyak pengorbanan yang kita lakukan tanpa kita sedari apatah lagi orang-orang yang hampir dengan kita. Saya ingin ungkapkan beberapa pengorbanan yang saya sedari secara langsung atau tidak langsung.

1. KORBAN PERCINTAAN
Korban ini terlalu banyak kita temui, ia berlaku demi menjaga status atau satu-satu hubungan. Manusia tidak kira lelaki atau pun perempuan melakukan pengorbanan kerana hanya ingin memenuhi kehendak atau permintaan orang-orang kesayangan. Kerana kehendak orang tua misalnya, maka percintaan yang dijalin dengan orang lain terpaksa dilupakan dan memilih untuk memenuhi kehendak keluarga.Tanpa restu keluarga, kita akan disisih buat selamanya.Apa lagi kalau gagal bertahan dengan pilihan kita.
Dalam hidup saya, pengorbanan ini telah beberapa kali terpaksa dilakukan.

Apabila saat mula mengenali cinta, mula hendak memulakan cinta kerana pada saya inilah calon yang terbaik ketika itu. Tapi ternyata ia bukan untuk saya. Walaupun dia memilih saya. Dan ada orang lain yg amat berhak untuk memiliki hatinya. Apa salahnya kita buat pengorbanan  demi orang yg kita sayang.
Apa sahaja kegagalan yang kita hadapi, itu sebenarnya satu pengorbanan

Friday, December 2, 2011


KAWALAN PEROSAK JAMBU BATU DAN JAMBU AIR MADU :
  • Nematod (Meloidogyne incognita)
    Pokok-pokok yang diserang kelihatan tidak segar dan terbantut.  Kanopi pokok menjadi jarang dan daun-daun menjadi kekuningan.  Buah menjadi kecil, mencapai kematangan dalam masa yang singkat dan warnanya kelihatan pudar.  Kulit batang tidak mengelupas.  Pemeriksaan sistem akar menunjukkan akar menjadi bengkak dan berubah warna.  Serangan yang teruk, menjadikan akar tunjang dan akar sisi akan kelihatan bengkak dan pecah-pecah.  Tabur racun seperti carbofuran atau fenamiphos dan guna bahan tanaman yang bebas daripada nematod, khasnya dalam penyediaan anak benih dan tanah yang digunakan dalam beg potena perlu steril.
     
  • Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)
    Larva mengorek ke dalam isi buah dan menyebabkan kerosakan.  Kutip buah-buah yang kena serang dan tanam dalam tanah, balut buah-buah muda dengan beg kertas,  sembur setempat dengan umpan protien seperti promar yang dicampur dengan malathion. Sembur 40 ml campuran promar pada tiap-tiap pokok dan ulangi semburan lima hari sekali dari peringkat berputik hingga buah dipetik. Perangkap lalat buah jantan dengan mengumpan dengan pemikat methyl eugenol.
     
  • Kutu Trip (Selenothrips rubrocintus, Scirtothrips dorsalis)
    Perosak ini biasanya merosakkan lapisan permukaan buah dan meninggalkan kesan calar dan bersinar.  Serangan menjadi serius pada musim kemarau dan di kawasan yang baru ditanam.  Semburan liputan secara menyeluruh perlu dilakukan apabila terdapat kesan serangan. Racun-racun seperti bendiocarb dan biomopropylate adalah berkesan.
     
  • Kepinding Nyamuk (Helopeltis theobromae)
    Serangan menyebabkan luka yang kecil, berwarna hitam dan bentuknya berubah mengikut masa.  Serangan pada buah menyebabkan luka berlekuk ataupun keruping berkarat.  Pucuk muda yang diserang akan menjadi layu dan mati.  Lakukan pemangkasan dan sembur racun seperti deltamethrin dan cupermethrin.
     
  • Koya-koya (Ferisiana virgata, Pseudococcus citriculus dan Planacoccus paciffus)
    Serangga pada peringkat dewasa dan peringkat nimfa menghisap cairan pokok dan jika populasinya tinggi,  pertumbuhan kulapuk hitam akan berlaku dan seterusnya mengurangkan mutu buah.  Sembur campuran minyak putih dan racun serangga dan kawal semut yang memakan manisan dengan menyembur cypermethrin pada batang dan bahagian pangkal pokok.
     
  • Bena Putih (Aleurotuberculatus canangae,
    A. Cheracensis, A.psidii, A. dispersu, dialeurodes psidii)

    Bena putih dewasa dan nimfa menghisap cairan pokok, khasnya dibawah permukaan daun dan mengeluarkan manisan yang mengakibatkan kulapuk hitam.  Sembur dengan racun seperti deltamethrin dan permethrin .
     
  • Ulat Pemakan Daun (Attacus atlas, Odenestis vita sp,
    Spilonota sp, Strepsicrates spp.)

    Ulat ini membuat sarang pada daun yang belum terbuka dan merosakkan daun dan pucuk muda.  Sembur racun serangga seperti cypermethrin, permethrin dan trichlorphon sekiranya serangan serius.  Semburan mingguan disyorkan untuk mencapai kawalan yang berkesan.
     
  • Penyakit Keruping Buah - Scab (Pestalotiopsis psdii)
    Bermula dengan bintik-bintik kecil dan membesar menjadi tompok sebesar 1-3 mm, berbentuk bulat dan berwarna perang kehitaman.  Apabila buah membesar, bahagian epidermis buah di sekeliling keruping akan terkoyak dan timbul manakala bahagian tengahnya menjadi lekuk.  Gunakan racun kulat yang mengandungi kuprum atau zink.
     
  • Reput Akar dan Pangkal (Phythophthora nicotianae)
    Batang dan akar menjadi reput.   Batang mengeluarkan damar, daun kekuningan dan gugur.  Guna pokok peranti yang rintang.  Kikis bahagian kulit dan sapu racun kulat seperti meta laxyl atau fosetyl aluminium dan guankan saliran yang baik.
     
  • Penyakit Stylar - End Ring Rot (Phomopsis psidii Nag Raj & Ponnapa)
    Bermula dengan bintik-bintik nektrorik di sebelah bawah buah kerana spora-spora dibawa turun oleh air hujan.  Bintik-bintik menjadi hitam, membesar dan bercantum dengan melingkari buah hingga boleh merebak ke dalam buah  dan ke bahagian biji.  Sembur dengan racun kulat perlu dilakukan sebelum pembungkusan buah dijalankan.  Amalkan pembersihan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit dan kelembapan yang tinggi.

Monday, November 28, 2011

Pendahuluan

Salam untuk sesiapa yang membaca blog ini. Di dalam blog ini tidak ada apa yang menarik sekadar untuk tempat aku bercerita.Tempat untuk menyatakan sesuatu yang belum pernah diceritakan.
Saya memilih nama Kalkatu kerana, Kalkatu merupakan sejenis haiwan yang cukup gigih walaupun berada di bawah tanah sebagai anai-anai, Apabila ia tumbuh sayap dinamakan Kalkatu.Namun sesekali di keluar mencari cahaya, namun ia tumpas di situ, kerana cahaya yang dikejarnya.
 Hasil Produk Kalkatu atau anai-anai , Cendawan Busut yang akan tumbuh apabila hujan turun. Harganya cukup mahal hingga mencecah RM2 hanya lima kuntum sahaja. Ianya sedap, dalam banyak2 cendawan dia lah yang nombor satu. Tidak boleh dibiak, kerana memerlukan Anai-anai sebagai medium untuk dia tumbuh.
 Inilah rupa anai-anai, Orang kata dia perosak, merosakkan kayu-kayu di rumah. Tetapi kalkatu tidak kot?