Saturday, December 27, 2014

WAJARKAH DARURAT DIISYTIHARKAN?

Kita Tahu ke pasal Ordinan Darurat? Jom kita Baca apa dia Ordinan Darurat tu.
Bila sudah faham, baru kita mula boleh bercakap. 

Dipetik daripada officeboytingkat4http://tingkat4.blogspot.com

Mengambilkira keadaan semasa yang kian kucar-kacir, kemungkinan ini tidak boleh dinafikan sama sekali. Pengisytiharan darurat yang akan dilakukan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Mizan selaku Yang Di-Pertuan Agong, adalah jalan terakhir untuk memulihkan semula sistem politik Malaysia yang kian hari kian parah oleh fitnah.

Darurat bukanlah sebagaimana pemahaman kebanyakan rakyat bahawa negara di dalam keadaan huru-hara semata-mata. Ada negara yang mengisytiharkan darurat apabila berlaku bencana alam ke atas negara berkenaan. Darurat juga mungkin boleh diisytiharkan jika bibit-bibit huru-hara telah mula kelihatan. Sebaiknya, saya berpendapat apabila percikan api huru-hara telah mula kelihatan, DYMM Yang Di-pertuan Agong perlu untuk mengisytiharkan darurat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil-alih pucuk pimpinan negara sehingga keadaan dapat dipulihkan seperti sediakala.

Sejujurnya, kita perlu menyelami keluhan rakyat bawahan. Kebanyakan rakyat telah hilang keyakinan dengan keadaan yang berlaku di dalam negara sekarang. Sistem pemerintahan telah hilang keupayaan sebenar untuk membuat urustadbir yang sempurna bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang kian terhimpit dan sentiasa keluh kesah oleh perasaan takut hasil daripada senario politik masa kini.

Dari satu segi, ada baiknya darurat diisytiharkan di mana secara tidak langsung DYMM Yang Di-Pertuan Agong sebagai Field Marshal ATM akan mengambil-alih pemerintahan negara sehinggalah pemulihan iklim politik dapat dilaksanakan. Begitu juga dengan mekanisme kerajaan yang lain seperti PDRM dan Jabatan Peguam Negara yang sejak akhir-akhir ini sering kali dipertikaikan kredibilitinya. Dua jabatan ini, jika darurat diisytiharkan, dapat dipulihkan semula secara menyeluruh supaya kredibiliti jabatan ini mendapat kepercayaan rakyat semula.

DYMM Yang Di-Pertuan Agong sebagai Raja Berpelembagaan yang memegang kuasa ketenteraan perlu memastikan rakyat Baginda sentiasa terpelihara dari perasaan keluh kesah dan ketakutan yang terhasil daripada sikap tamak dan haloba segolongan pemimpin politik. Telah kelihatan dengan nyatanya, segolongan pemimpin politik ini telah hilang segala kewarasan mereka demi mempertahankan tampuk kekuasaan mereka sehingga sanggup mengenepikan kesejahteraan rakyat.

Jangan biarkan nyawa rakyat hilang disebabkan percaturan politik. Cegah ini dari berlaku demi memastikan rakyat sentiasa hidup di dalam keadaan aman dan tenteram.

Jika hanya dengan pengisytiharan darurat dapat menjamin kesejahteraan rakyat, lakukan ia dengan segera. Saya berkeyakinan DYMM Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kemampuan untuk mentadbir tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Mungkin Majlis Raja-Raja dapat menasihati DYMM Yang Di-Pertuan Agong sewaktu darurat. - posted by OfficeBoyTingkat4 @ Friday, July 04, 2008.

Maklumat selanjutnya pasal Darurat:-
(1) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

(2) Proklamasi Darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.

(2A) Kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh Perkara ini termasuklah kuasa untuk mengeluarkan Proklamasi-Proklamasi yang berlainan atas alasan-alasan yang berlainan atau dalam hal-hal keadaan yang berlainan, sama ada suatu Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi telah dikeluarkan atau tidak oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) dan Proklamasi atau Proklamasi-Proklamasi itu sedang berkuat kuasa.

(2B) Jika pada bila-bila masa semasa suatu Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa, kecuali apabila kedua-dua Majlis Parlimen sedang bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta, maka Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan.

(2C) Sesuatu ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama sebagaimana Akta Parlimen, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah ordinan itu ialah Akta Parlimen sehingga ordinan itu dibatalkan atau diungkaikan di bawah Fasal (3) atau sehingga ordinan itu luput di bawah Fasal (7); dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memasyhurkan ordinan di bawah Fasal (2B) boleh dijalankan berhubung dengan apa-apa perkara mengenainya Parlimen berkuasa membuat undang-undang, tanpa menghiraukan tatacara perundangan atau tatacara lain yang dikehendaki diikuti, atau perkadaran jumlah undi yang dikehendaki diperoleh di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).

(4) Semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, meliputi apa-apa perkara dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri dan pemberian arahan kepada Kerajaan sesuatu Negeri atau kepada mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri itu.

(5) Tertakluk kepada Fasal (6A), semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa, Parlimen boleh, walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika didapati oleh Parlimen bahawa undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat itu; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi suatu Rang Undang-Undang untuk sesuatu undang-undang yang sedemikian atau bagi sesuatu pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian, dan juga tidaklah terpakai mana-mana peruntukan Perlembagaan ini atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang menghendaki apa-apa keizinan atau persetujuan bagi meluluskan sesuatu undang-undang atau apa-apa rundingan mengenainya atau yang menyekat permulaan kuat kuasa sesuatu undang-undang selepas undang-undang itu diluluskan atau yang menyekat Rang Undang-Undang daripada dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya.

(6) Tertakluk kepada Fasal (6A), tiada peruntukan mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Perkara ini, dan tiada peruntukan mana-mana Akta Parlimen yang diluluskan semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa dan yang mengisytiharkan bahawa didapati oleh Parlimen undang-undang itu dikehendaki oleh sebab darurat, boleh menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini. (6A) Fasal (5) tidak boleh memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara hukum Syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; dan juga Fasal (6) tidak boleh menjadikan sah mana-mana peruntukan yang tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan ini yang berhubungan dengan apa-apa perkara sedemikian atau berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa.

(7) Apabila habis tempoh enam bulan yang bermula dengan tarikh sesuatu Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa, apa-apa ordinan yang dimasyhurkan menurut Proklamasi itu dan, setakat yang undang-undang itu tidak dapat dibuat dengan sahnya jika tidak kerana Perkara ini, apa-apa undang-undang yang dibuat semasa Proklamasi itu berkuat kuasa, hendaklah terhenti berkuat kuasa, kecuali tentang perkara-perkara yang telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum habis tempoh itu.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini -

(a) hal puas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan; dan

(b) tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan –

(i) sesuatu Proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu perisytiharan yang dibuat dalam Proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1);

(ii) kuat kuasa berterusan Proklamasi itu;

(iii) mana-mana ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B); atau

(9) Bagi maksud Perkara ini Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang hanya jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis itu.

 

Friday, August 22, 2014

Kawan...di mana engkau??

Semakin hari semakin aku kehilangan kawan yang mampu mendengar coretan hati, luahan rasa, tempat bersenda..
Ketika Arwah Ayah aku ada, sekurangnya da juga tempat aku berbual, mengusik dan bersenda. Masih terbayang gelak tawa nya ketika aku membuat lawak depannya. Terbayang wajahnya yang tersengih tanpa gigi depan. Keningnya yang agak panjang, sesekali aku lihat kening aku yang seiras keningnya.
Benarlah kata orang, kadang ketika ada kita tidak rasa apa-apa, apabila ketiadaannnya baru kita tahu kita memang terasa kehilangannya. Apatah lagi dengan pelbagai kejadiaan serta suasana kelam kabut semenjak ketiadaannya.Kesilapan siapakah hingga terjadinya suasana kelam satu persatu.
Bertambah sayu lagi apabila "Pondok Bahgia" nama rumah kami yang di berikan oleh ayah di beritakan akan bertukar tangan. Keputusan ibu dan adik bongsu kami yang sedang sibuk mencari pembeli dan pembida rumah tersebut. Tempat aku bermain, tempat aku bergelak ketawa akan hilang tidak lama lagi. Apa lagi yg mampu aku lakukan untuk mempertahankan rumah dan tapak rumah itu yang aku sendiri tiada kudrat.
Silapnya apa bila tanah pusaka tersebut jatuh ke tangan anak yang hanya mementingkan kemewahan. Apabila kemewahan yang dikejarnya hampir menjerut kehidupannya, membuatkan ia erpaksa mencari jalan mudah dengan merelakan tanah pusaka itu menjadi milik orang lain, harapan agar tukarannya akan membantu kehidupan dan menyambung tabiat bermewah.
Satu-satunya pusaka yang sepatutnya dijaga dengan sempurna.
Kadangkala sepi itu membuatkan rasa terkilan. Siapa kawan aku yang mampu mendengar curahan rasa aku ini kan? kawan pun semakin menjauh, semakin hilang mungkin kerana aku sekarang bukan saperti aku yang dulu. Jawatan aku kini membuatkan kawan-kawan semakin suram. Agaknya sebab aku berstatus yang agak lain dari dulu, menyebabkan mereka sukar menyesuaikan diri dengan aku sekarang.
Rakan Maya aku pun semakin menjauhkan diri. Semakin pudar...tidak mustahil suatu masa nanti akan lenyap. Dan aku sendiri tidak selesa menjalin hubungan kawan dengan orang yang sama dengan aku, perasaan merendah diri atas kekurangan pada diri sendiri menyebabkan aku rasa tidak setaraf dengan mereka. Kadangkala agak sunyi lantaran kekurangan pada diri sendiri yang tiada berharta tidak saperti orang lain yang sejawatan dengan aku. Yang ketara apabila kami bermesyuarat, orang lain dengan Jenama Honda, Vios , Mercedes sedangkan aku dengan Wira buruk. Tapi syukur kerana aku bekerja dengan penuh keikhlasan dan kenaikan pangkat aku kerana diri aku bukan kerana sogokkan. Tidak hairan lah kalau Boss aku tidak pernah mengenali aku, dan tidak memberi ruang untuk aku mengekspose diri aku.
Terima kasih kawan-kawan yang pernah mengenali aku.Semoga apa yang aku rasa sebenarnya tidak berlaku.Sekadar rasa sahaja....


Saturday, June 21, 2014

Urutan Sakit Pinggang

Berikut adalah cara urutan ferleksi mengilangkan sakit pinggang.


Berikut ini merupakan gambar panduan mengurut refleksi untuk mengatasi  sakit pinggang yang dialami;
 
 

Keterangan:
- nombor pada gambar merupakan urutan .
 - gambar berwarna merah merupakan daerah titik syaraf yang diurut
- Urutan refleksi ini boleh dilakukan sendiri namun ada baiknya dengan bantuan urutan orang lain.

Refleksi sakit gigi

Sakit gigi merupakan sakit yang susah untuk di ceritakan.Namun di bawah bolehlah mencuba urutan refleksi untuk mengurangkan sakit. Saya dah cuba, Alhamdulillah hilang sakit gigi.

Berikut ini merupakan gambar panduan urut  refleksi untuk mengatasi masalah sakit gigi yang diderita;


Keterangan:
- nombor pada gambar merupakan urutan .
 - gambar berwarna merah merupakan kawasan titik syaraf yang urut
- urut refleksi ini boleh  dilakukan sendiri namun ada baiknya dengan bantuan orang lain.

Friday, June 13, 2014

Bermain dengan Macro

Dalam kebosanan, cuba juga bermain-main dengan macro. Susah juga,ianya memerlukan kesabaran dan ketajaman mata. Kebetulan aku ada juga beli "Converter" yang dilengkapi fungsi Macro, boleh lah cuba. Ingat nak dapatkan "reverst ring", namun hingga sekarang masih lagi tak berkesempatan membelinya.Pada hal bukannya mahal sangat.

Keseronokan bermain dengan macro adalah apabila gambar yang dirakam dapat dirakam dengan sempurna. Dalam percubaan demi percubaan, akhirnya berjaya juga ambil gambar serangga yang bernama kerengga, 

 
Ini adalah diantara  gambar lain yang sempat dirakam oleh lensa aku. Entah apa nama haiwan ni. Ianya kecil sahaja. Mungkin jika dilihat masih banyak yang perlu dipelajari cara dan teknik untuk merakam foto Macro ini.

ini adalah Peringat buah, yang seringkali merosakkan buah-buahan. Gambar ini di ambil ketika peringat buah ini sibuk mencucukkan jarum dari punggungnya ke dalam buah limau purut. Sebenarnya dia meninggalkan telornya dalam buah tersebut. Apabila telornya menetas ulat-ulat yg juga anak nya akan memakan bahagian dalam buah limau ini. Akibatnya bila kita belah buah, buruk berulat.


Serangga ini pula, tak tahu pula namanya. Kebetulan ketika buat xplorasi nampak dia ada , apa lagi cuba dapatkan imejnya.



Crack Sheet Protection Password

This routine provides a password to unprotect your worksheet. However, it may not give you the original password that was used.
Open the workbook that has the protected sheet in it. Hit Alt+F11 to view the Visual Basic Editor. Hit Insert-Module and paste this code into the right-hand code window:
Sub PasswordBreaker()
  'Author unknown but submitted by brettdj of www.experts-exchange.com
 
  Dim i As Integer, j As Integer, k As Integer
  Dim l As Integer, m As Integer, n As Integer
  Dim i1 As Integer, i2 As Integer, i3 As Integer
  Dim i4 As Integer, i5 As Integer, i6 As Integer
  On Error Resume Next
  For i = 65 To 66: For j = 65 To 66: For k = 65 To 66
  For l = 65 To 66: For m = 65 To 66: For i1 = 65 To 66
  For i2 = 65 To 66: For i3 = 65 To 66: For i4 = 65 To 66
  For i5 = 65 To 66: For i6 = 65 To 66: For n = 32 To 126
    
       
 ActiveSheet.Unprotect Chr(i) & Chr(j) & Chr(k) & _
      Chr(l) & Chr(m) & Chr(i1) & Chr(i2) & Chr(i3) & _
      Chr(i4) & Chr(i5) & Chr(i6) & Chr(n)
  If ActiveSheet.ProtectContents = False Then
      MsgBox "One usable password is " & Chr(i) & Chr(j) & _
          Chr(k) & Chr(l) & Chr(m) & Chr(i1) & Chr(i2) & _
          Chr(i3) & Chr(i4) & Chr(i5) & Chr(i6) & Chr(n)
   ActiveWorkbook.Sheets(1).Select
   Range("a1").FormulaR1C1 = Chr(i) & Chr(j) & _
          Chr(k) & Chr(l) & Chr(m) & Chr(i1) & Chr(i2) & _
          Chr(i3) & Chr(i4) & Chr(i5) & Chr(i6) & Chr(n)
       Exit Sub
  End If
  Next: Next: Next: Next: Next: Next
  Next: Next: Next: Next: Next: Next

End Sub

Close the VB Editor window. Navigate to the worksheet you want to unprotect. Hit Tools-Macro-Macros and double-click PasswordBreaker in the list.

Thursday, March 6, 2014

Mana Nak Cari Duit?

Tahun 2007, pernah sekali di tawarkan belajar. Namun tak mampu aku menerus kan pembelajaran dek kerana kekurangan Wang belanja. Tambahan ketika itu dua putri ku berada di Menara gading dan dua lagi masih bersekolah. Semua itu memerlukan perbelanjaan. Dan aku terpaksa menarik diri dari meneruskan pembelajaran aku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Sekarang, sekali lagi aku diberi peluang untuk belajara, masalahnya tetap sama. Kewangan yang membatasinya. Betul lah semuanya percuma, cuma kalau nak ke Gombak,kena keluarkan juga belanja. Belanja minyak kereta, belanja makan dan belanja untuk orang yang tinggal kat rumah. Semua itu memerlukan kewangan.
Dah masuk Fasa 6. Tak tahu mana nak cari duit untuk menampung semua itu.
Ketika anak-anak ku mendaftar setiap kali itu lah barang kemas isteri ku melayang. Terutama barang kemas umi nya. Barang kemas mama walaupun tak banyak, telah melayang juga akhirnya.
Buntu juga fikiran ni. Nak buat pinjaman BANK dah tak layak. kerana terlalu banyak potongan. Setiap kali ke UIA, setiap kali itu juga membuat pinjaman peribadi dengan koperasi.
Nak minta bantuan dari orang lain? siapa? Keluarga? abang atau adik..mereka juga ada komitment lain. Anak-anak? mereka juga ada tugasan lain yg perlu mereka selesaikan. Lagi pun tak mahulah menyusahkan mereka.
Ya Allah.Engkau tabahkan hati ku.Tambahkan lah rezeki yang halal kepada kami.

Friday, February 28, 2014

Suara Hati Ayah

PESAN IBU TENTANG AYAH:

Anakku…
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.
 — with Nurul Saleh and 8 others.

Sunday, February 2, 2014

Yang Mana Benar dan Yang mana Palsu

Mari Mengenali Storan USB Tiruan

Diterbitkan pada December 14, 2013 oleh
Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.
Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu ini pendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!
IMAG0190
Sebelum ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula dijual secara meluas di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada tahun ini. Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas sebelum ini.
Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrive tersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.
Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada kebiasaannya.
Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?
Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.
IMAG0250
Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.
Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?
Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.
IMAG0251Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendrive original kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.
Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packaging original. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packaging storan tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.
Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan
Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.
Pendrive FakeTipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.
Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwriting secara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarang error sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?
Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.
Fake Pendrive TestSetelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau salah satu file di dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan tiruan.
Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.
Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan palsu di dalamnya.
Muat turun: Perisian h2testw
Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.
Konklusi
Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.
7837704Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.
Bagi anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perkara ini. Jangan biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan dunia pengkomputeran sejagat.