Bermain dengan Macro
Dalam kebosanan, cuba juga bermain-main dengan macro. Susah juga,ianya memerlukan kesabaran dan ketajaman mata. Kebetulan aku ada juga beli "Converter" yang dilengkapi fungsi Macro, boleh lah cuba. Ingat nak dapatkan "reverst ring", namun hingga sekarang masih lagi tak berkesempatan membelinya.Pada hal bukannya mahal sangat.
Keseronokan bermain dengan macro adalah apabila gambar yang dirakam dapat dirakam dengan sempurna. Dalam percubaan demi percubaan, akhirnya berjaya juga ambil gambar serangga yang bernama kerengga,
Ini adalah diantara gambar lain yang sempat dirakam oleh lensa aku. Entah apa nama haiwan ni. Ianya kecil sahaja. Mungkin jika dilihat masih banyak yang perlu dipelajari cara dan teknik untuk merakam foto Macro ini.
ini adalah Peringat buah, yang seringkali merosakkan buah-buahan. Gambar ini di ambil ketika peringat buah ini sibuk mencucukkan jarum dari punggungnya ke dalam buah limau purut. Sebenarnya dia meninggalkan telornya dalam buah tersebut. Apabila telornya menetas ulat-ulat yg juga anak nya akan memakan bahagian dalam buah limau ini. Akibatnya bila kita belah buah, buruk berulat.
Serangga ini pula, tak tahu pula namanya. Kebetulan ketika buat xplorasi nampak dia ada , apa lagi cuba dapatkan imejnya.