Saturday, May 21, 2016

Imej JPEG vs RAW

Dalam bidang Fotografi, jarang pengguna-pengguna kamera digital terutama yang mempunyai fotmat RAW menggunakan nya. Ini adalahlah kerana mungkin pengguna tidak mengetahui format imej ini berbeza. Manakala setengahnyanya adalah untuk menjimatkan ruang memori kerana imej RAW menggunakan ruang yang agak banyak ini menghadkan bilangan imej yang di ambil.
Ayuh kita berkenalan dengan kedua-dua format imej ini dan kita membuat pemilihan yang mana satu kita hendak gunakan.

IMEJ JPEG
Nama JPEG adalah singkatan bagi perkataan Joint Photographic Experts Group. Singkatan . Fail ini adalah biasa digunakan pada camera Digital. Ia merupakan fail imej yang paling popular kerana ciri nya yang menjimatkan ruangan Memory atau storage.
Fail ini juga di sebut sebagai Jay-pek . Selain dari itu ia mudah dibuka atau di lihat pada kesemua komputer atau gajet. Ini membuatkan ia popular dan digemari oleh pengguna dan peminat fotografi.


 Fail Format JPG: Sais nya 579KB sahaja

 
IMEJ RAW
RAW bukanlah  format fail imej tersebut. Ia di sebut RAW kerana imej ini sebenarnya imej yang belum diproses dan prosesnya masih boleh dibuat. Ia ibarat imej mentah yang masih boleh ditambah kapasiti atau dikurangkan kapasiti bahan-bahan di dalamnya.
Imej RAW berbeza nama nya mengikut Model Jenama Kamera, contohnya Untuk Nikon , syarikat ini menggunakan nama fail NEF (Nikon Electronik Factory.
Kadangkala orang menyebutnya juga sebagai Fail Nagatif Electronic.Didalamnya terkandung semua maklumat setting pada camera, termasuk model,bukaan cahaya, Iso dan sebagainya. Ia merupakan fail yang mentah dan belum di kompreskan. Dalam kata lain ia masih boleh menjalani pengubahsuaian.
Penggunaan fail ini jika di lihat umpama kita berada dibelakang kamera tersebut dan membuat apa sahaja perubahan pada imej dengan lebih detail lagi.

Namun begitu sais fail ini agak besar dan memakan ruang yang banyak pada memory menyebabkan golongan jurufoto amatur tidak menggemarinya. 
Satu lagi perlu diingatkan, apabila membuat apa-apa perubahan pada imej format ini, ia tidak mengubah fail asal, maksudnya apabila menyunting fail ini dan bila selelsai di sunting dan di simpan sebagai JPEG atau lain-lain format, Fail asal jika di buka bagi kali kedua, segala maklumat masih berada sebagaimanaia dibuka pada pertama kali dahulu. 


Tool yang membolehkan pengguna membuat suntingan mengikut citarasa pengguna agar imej ini kelihatan lebih menarik lagi.

 Fail NEF setelah di sunting,

Apa kelebihan RAW?
1, Banyak lagi warna warna berbanding fail JPEG - Fail mentah mempunyai 12 atau 14 bit maklumat intensiti bagi setiap saluran (4.096-16.384 warna), berbanding gamma-dimampatkan 8 bit JPEG ini (256 warna).
2. K
ualiti imej yang lebih. Kerana semua pengiraan (seperti menggunakan pembetulan gamma, demosaicing ', imbangan putih, kecerahan, kontras, dan lain-lain ...) digunakan untuk menjana nilai piksel (dalam format RGB bagi kebanyakan imej) dilakukan dalam satu langkah pada data asas, paduan nilai piksel akan menjadi lebih tepat dan mempamerkan kurang posterization.
3. Memintas langkah-langkah yang tidak diingini dalam pemprosesan kamera, termasuk mengasah dan pengurangan noise
 4. I
mej JPEG biasanya disimpan menggunakan format mampatan lossy (walaupun mampatan JPEG Lossless kini boleh didapati). format mentah biasanya menggunakan mampatan Lossless atau berkualiti tinggi mampatan lossy.
 5.
kawalan yang lebih halus. perisian penukaran mentah membolehkan pengguna untuk memanipulasi lebih parameter (seperti ringan, imbangan putih, warna, tepu, dan lain-lain ...) dan berbuat demikian dengan kepelbagaian yang lebih besar. Sebagai contoh, titik putih boleh ditetapkan untuk sebarang nilai, bukan sahaja nilai-nilai pratetap diskret seperti "siang" atau "pijar". Tambahan pula, pengguna biasanya boleh melihat pratonton manakala menyesuaikan parameter ini.
  6.
Ruang warna boleh ditetapkan untuk apa sahaja yang dikehendaki.
7. Algoritma demosaicing 'yang berbeza boleh digunakan, bukan hanya satu yang dikodkan ke dalam kamera.
 8.Kandungan fail mentah termasuk maklumat lanjut, dan kualiti yang lebih tinggi, daripada keputusan ditukar, di mana parameter rendering adalah tetap, gamut warna yang dipotong, dan mungkin terdapat pengkuantuman dan mampatan artifak.
  9.
Transformasi besar daripada data, seperti meningkatkan pendedahan gambar secara mendadak di bawah terdedah, menyebabkan artifak kelihatan lebih sedikit apabila dilakukan daripada data mentah daripada apabila dilakukan dari fail-fail imej yang telah diberikan. Data mentah meninggalkan lebih banyak ruang untuk kedua-dua pembetulan dan manipulasi seni, tanpa mengakibatkan imej dengan kelemahan kelihatan seperti posterization.
 10.
Semua perubahan yang dibuat pada fail imej mentah tidak boleh merosakkan; iaitu, hanya metadata yang mengawal rendering itu berubah untuk membuat versi output yang berbeza, meninggalkan data asal tidak berubah.
 11.
Sedikit sebanyak, mentah-format fotografi menghapuskan keperluan untuk menggunakan teknik HDRI, membolehkan kawalan yang lebih baik ke atas pemetaan julat keamatan tempat kejadian ke dalam pelbagai output yg mempergunakan gaya suara, berbanding proses pemetaan secara automatik ke JPEG atau lain-lain 8-bit perwakilan.
Anda sudah tahu perbezaan menggunakan imej yang sudah masak dan yang mentah. Pagi penggemar makanan masa mereka lebih suka makan masakan yang sudah masak. Manakala bagi Tukang masak atau Chef, mereka akan memilih bahan untuk dimasak terlebih dahulu sebelum memasaknya. Anda berada di mana? tukang masak atau tukang makan sahaja.


 

Thursday, April 28, 2016

Gif Animation vs Video

Bila kita sebut tentang dua perkara di atas, ramai yang tidak tahu sebenarnya kedua-dua di atas merupakan satu benda yang agak melainan dan ada persamaan. Kedua-dua format mengeluarkan output pergerakan, namun formatnya berbeza, keperluannya dan juga kegunaannya juga berbeza.

Gif Animation.
Merupakan satu format fail imej yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan cire-ciri fail imej yang lain, saperti JPG . Bezanya adalah di dalam fail ni terkandung pelbagai imej yang dibagungkan menjadi satu fail berbentuk movie. Dalam kata lain, fail imej yang bergerak dan tidak bersama suara.

Contoh Fail Gif Animation

Gif amat sesuai untu tujuan membuat penyampaian segera melalui laman web atau blog. Konsep gif Animation adalah sama dengan membuat video lain. Ia mengandungi kombinasi Frame image dan mewujudkan jujukan animasi umpama video.
Untuk dimuatkan dalam laman web, ia sesuai kerana ia tidak memrlukan player tertentu berbeza dengan format video yang lain yang memerlukan plug-in video player atau flash player.

Konsep image GIF animanion adalah mudah sahaja. ia menayangkan imej dan pada penghujungnya ia ulang balik ke frame pertama"looping" Amat sesuai di gunakan di dalam presentation dan juga sebagai ilan di web atau blog. Ia tidak memerlukan apa-apa plug-in .

Ini adalah contoh Video sebagai melihat perbezaaan antara video dan juga gif animation imej.

Namun begitu sais nya agak berbeza dari fail berbentuk video. Sais gif menjadi lebih besar walaupun paparannya sama .
Untuk membuat fail berformat Gif Animation boleh menggunakan perisian video creator dan save sebagai GIF format.










Friday, February 12, 2016

Bateri Vs Adaptor

Saya perhatikan pengguna laptop terutama student dan terbaca dalam artikel cara penjagaan dan penggunaan Laptop di Interintenet. Antaranya adalah apabila menggunakan Charger, pengguna perlu mengeluarkan bateri dari laptop tersebut. Alasannya adalah bagi menjamin ketahanan bateri. Kalau nak guna eletrik, perlu cabut bateri dahulu.
Soalan saya, adakah anda mencabut bateri ketika anda mengcaj telefon dalam masa yang sama anda menggunakan telefon anda? tidak kan?
Ok, ini adalah jawapan saya bagi permasalahan di atas.
Saya bukanlah seorang yang mempunyai ijazah dalam bidang ini, namun begitu saya banyak mempelajari bidang ini (Elektronik dan komputer)
Bateri Laptop dan juga bateri telefon telah dilengkapi beberapa ciri iaitu:-
Auto cut-off - Fungsi ini adalah bertujuan untuk mengelakkan dari bateri perlatan kita terlebih caj atau terlalu panas ketika proses mengecaj. Jadi tidak perlu risau kalau bateri kita sentiasa berada bersama Laptop walaupun dalam masa yang sama kita menggunakan power cord (adaptor)
Laptop zaman sekarang, terutama yang ultra Thin Baterinya tidak dapat dipisahkan dari Laptop.
Apakah yg akan jadi kalau kita pisahkan Bateri dari laptop kita ketika kita menggunakan power cord?

Cuba perhatikan kuasa Voltage pada beteri laptop kita, berapa kah yang dibekalkan kepada laptop (ini sebenarnya keperluannya)


Laptop hanya memerlukan 11.1 Volt sahaja untuk menghidupkannya. Berbanding dengan kuasa yang dibekalkan oleh Adaptor.

Kuasa yang di bekalkan oleh power adaptor laptop anda adalah seharusnya melebih Voltage Bateri, bagi membolehkan ia mengecaj bateri.  

Oleh yang demikian, sekiranya anda menggunakan kuasa terus dari Power adaptor, anda membekalkan kuasa yang melebih dari kuasa yang diperlukan. Mentol lampu apabula kita membekalkan kuasa melebih had sepatutnya kita berikan, ia akan terbakar atau rosak. Begitu jugalah Laptop kita. Ia memerlukan hanya 11.1 Volt sahaja, tetapi apabila kita mencabut bateri, kuasa yang dibekalkan adalah 19.5 Volt, fikirkan apakah yang akan terjadi pada laptop kita? akan merosakan papaninduknya (motherboard).

Jadi, jangan percaya MITOS kalau nakguna adaptor (kononnya menjaga hayat bateri), cabut bateri laptop anda. Kerana ini tidak benar . Kalau benar pun, manakah yang anda lebih sayang? bateri atau motherboard? Bateri hanya rm250, Motheboard RM700.

Tip menjaga bateri mudah sahaja, ketika anda membeli laptop, jangan sesekali Onkannya atau gunakannya. Caj dahulu selama 8 Jam, kemudian gunalah semahu dan sesuka hati anda.
Tambahan : Anda memiliki motosikal Honda C70 tak ? tak ada? tak apa, saya nak ceritakan kepada anda. Pengguna Motosikal ini selalu menghadapi masalah lampu sering terbakar kerana bateri motosikalnya kondem. Selagi tak tukar bateri, selagi itulah pengguna akan berulang alik ke kedai membeli mentolnya.
Kenapa? sebab injin akan menjana eletrik melebih Volt Bateri bagi tujuan mengcaj bateri tersebut. Apabila baterinya tiada kuasa letrik akan terus ke mentol menyebabkan mentol akan terbakar. Perkara yang sama juga berlaku pada laptop anda.

Terima kasih.

Sunday, January 10, 2016

Muat Turun Video Internet.

Video memang dah banyak di muat naik ke sesawang dan juga laman sosial, paling banyak di Youtube. Lawam web ini menyimpan pelbagai vidie yang boleh digunapakai untuk proses PdP atau apa juga tujuan.
Namun begitu masih ramai tidak tahu bagaimanakan cara hendak muat turun Video yang agak menarik yg ditemui untuk di simpan. Mana tahu kot kalau suatu masa nanti ianya amat berguna.

1. Muat Turun Video menerusi Youtube.


Sebagai contoh apabila kita temui video ini. Cuba lihat alamatnya di atas sekali ada tertulis alamat video tersebut.

https://www.youtube.com/watch?tv= (ini adalah Link Video tersebut)



Ubah alamat tersebut dengan menambah hurus "ss" selepas sebelum perkataan Youtube
menjadikan https://www.ssyoutube.com/watch?v=Z9S72lKj_Bw
dan tekan enter.

Browser akan ke laman web baru :



 
Anda sudah boleh muat turun video pilihan anda dalam format pilihan anda sendiri.


2. Muat Turun video  dari Facebook.
jika terjumpa Video dari facebook, anda perli klik mouse kanan pada video tersebut dan

Klik Show video URL, Salin (Copy) alamat video tersebut.
Kemudian pada save from net tadi, pastekan ke ruangan link, dan bila butang download keluar, boleh lah mula download.



klik link ini unyuk ke savefrom.net





Akan keluar Playback Video, Klik Mouse kanan dan pilih save video as



Teknik yang sama juga anda boleh gunakan sekiranya anda menemui video yg menarik dan ingin muat turun, Klik Mouse kanan, copy URL atau Link dia..dan pastekan ke Savefrom.net.

Selamat mencuba.



Wednesday, January 6, 2016

Telefon Pintar

 
Zaman sekarang, telefon pintar dimiliki oleh kebanyakan orang. Peratus nya adalah melebih 90% pengguna telefon menggunakan telefon Pintar, selebihnya menggunakan telefon biasa bagi kegunaan mudah menerima panggilan dan teks mesej sahaja. Penggunanya adalah dikalangan orang yang berusia dan sedikit dikalangan anak muda yang sukakannya kerana mempunyai keypadnya bukan cermin sentuh.Ia mudah digunakan terutama ketika menjawab SMS walaupun sedang menonggang motosikal.
Telefon Pintar sekarang dijual dengan harga yang amat mampu dimiliki oleh semua pengguna dan peminatnya.Kepopularanya adalah disebabkan applikasinya yang boleh dimuat turun secara peruma dan keperbagaian kegunaannya bukan sekadar untuk bermesej dan menerima panggilan telefon rakan sahaja.
Syarikat Telco pula masa kini menawarkan pelbagai pakej istimewa menggunakan talian internet yang boleh menarik pengguna beralih ke telefon Pintar.
Berikaut saya senaraikan apa Telefon Pintar anda mampu lakukan :
1. Eksen Internet-mencari bahan,melayari internet
2. Mesej-whatapps,wevhat , Line dsb
3. Bersosial- IG,FB dsb
4. Organizer
5. Foto-berkongsi atau fungsi kamera
6. Video -editing dan shooting
7.Shopping
8. Peranti penyimpanan
9. Sumber rujukan (buku-buku)
10. Urusan perbankkan.
Kebanyakan yang saya nyatakan di atas adalah fungsi berasaskan internet dan fungsi asas sesuatu telefon pintar. Namun begitu kita kurang mengetahui fungsi lain kelengkapan yg tersedia ada pada telefon pintar kita.Misalnya fungsi:
1. Wifi
2. Bluetooth
3. Infrared
4.gesture
5.Kompas
6.GPS
7.Gravity
8.Getaran(Vibration)
semua peranti tambahan ini jarang di terokai oleh pengguna Telefon Pintar. Da ia jarang dijadikan panduan untuk membeli nya. Biasa orang akan tanya CPU atau prosesor, Memori asasnya dan memori tambahan dan termasuk fungsi kamera, makin besar makin jadi kegilaan.
Kalau kesemua peranti tambahan itu ada pada telefon pintar , banyak benda lian yang boleh kita perluaskan penggunaannya.
Fungsi HP menggunakam peranti yang saya sebut tadi.
1. Wifi- 
selain dari ekses internet fungsi ini juga boleh digunakan untuk:-
 i.ekses point-membekalkan internet kepada peranti lain.
ii. Sambungkan ke TV yang mempunyai fungsi yang sama- gambar dapat dilihat pada skrin yang lebih besar.
iii. Mengawal TV menggunakan wifi(remote control)
iv. Mengawal alat lain saperti kapalterbang mainan berfungsi Wifi.
2. Bluetooth
  i. Menghantar dan menerima fail
ii. Sambungan ke handfree
iii. Sebagai peranti Microsoft presenter.-untuk dijadikan remote persembahan.

iv;Sambungan ke pembesar suara bluetooth
v. Sambungan menjadi remote alat letrik lain yang menggunakan fungsi Bluetooth
vi.membekalkan internet ke peranti lain menggunakan bluetooth
3.Infrared
Infrared menggunakan LED jenis Infrared (tidak nampak oleh mata kasar-boleh dilihat menggunakan kamera) Antara kegunaan Infrared adalah ia boleh dijadikan Universal remote control 
Antara alat letrik yang boleh dikawal menggunakan infrred  telefon Pintar.

Air Gseture
Air gsesture merupakan fungsi dimana kita mengawal telefon kita tanpa membuat sentuhan kepada skrin. Ia boleh membelek dokumen, menukar paparan bambar dan beberapa fungsi lain.
Namun begitu penggunaannya masih tidak banyak membantu kita mengawal peranti lain ketika artikel ini di tulis.

Kompas
Fungsi kompas adalah bagi tujuan untuk kita mengetahui aras terutama dalam menetukan arah Qiblat. Namun begitu fungsi ini akan menerima gangguan sekiranya terdapat peranti lain yang bermagnet di sisinya.

GPS
Fungsi GPS ini bukan sahaja menentukan kedudukan kita, malahan ia juga boleh digunakan serentak menggunakan wifi.
1. Navigasi- penunjuk arah ke sesuatu destinasi.
2. Mengesan kehilangan atau kedudukan gajet atau telefon kita yang lain.
3. Mengesan kedudukan rakan kita (Perlu memerlukan kebenaran)

Gravity
Fungsi Gravity yang dilengkapi oleh semua telefon pintar adalah bertujuan untuk mengekalkan kedudukan paparan pada skrin. Misalnya fungsi autorotate adalah menggunakan graviti bagi menentukan kedudukan pandangan. Sebab itu apabila kita terbalikkan telefon kedudukan gambar atau video akan berubah.

Getaran (Vibratetion)
Teknologi ini sudah lama digunakan pada telefon generasi yang terdahulu. Ia berfungsi untuk memberi ketaran kepada telefon sebagai fungsi tambahan kepada nada dering. Apabila dalam keadaan mood senyap, fungsi getaran ini memberi isyarat menggantikan nada dering.

Jadi sebagai rumusannya, Smartphone sebenarnya banyak membantu kita mengurangkan pembelian dan peralatan tambahan. ia di satukan menjadi satu peralatan bukan sahaja untuk fungsi internet, malahan mengawal peralatan lain juga.