Wednesday, January 6, 2016

Telefon Pintar

 
Zaman sekarang, telefon pintar dimiliki oleh kebanyakan orang. Peratus nya adalah melebih 90% pengguna telefon menggunakan telefon Pintar, selebihnya menggunakan telefon biasa bagi kegunaan mudah menerima panggilan dan teks mesej sahaja. Penggunanya adalah dikalangan orang yang berusia dan sedikit dikalangan anak muda yang sukakannya kerana mempunyai keypadnya bukan cermin sentuh.Ia mudah digunakan terutama ketika menjawab SMS walaupun sedang menonggang motosikal.
Telefon Pintar sekarang dijual dengan harga yang amat mampu dimiliki oleh semua pengguna dan peminatnya.Kepopularanya adalah disebabkan applikasinya yang boleh dimuat turun secara peruma dan keperbagaian kegunaannya bukan sekadar untuk bermesej dan menerima panggilan telefon rakan sahaja.
Syarikat Telco pula masa kini menawarkan pelbagai pakej istimewa menggunakan talian internet yang boleh menarik pengguna beralih ke telefon Pintar.
Berikaut saya senaraikan apa Telefon Pintar anda mampu lakukan :
1. Eksen Internet-mencari bahan,melayari internet
2. Mesej-whatapps,wevhat , Line dsb
3. Bersosial- IG,FB dsb
4. Organizer
5. Foto-berkongsi atau fungsi kamera
6. Video -editing dan shooting
7.Shopping
8. Peranti penyimpanan
9. Sumber rujukan (buku-buku)
10. Urusan perbankkan.
Kebanyakan yang saya nyatakan di atas adalah fungsi berasaskan internet dan fungsi asas sesuatu telefon pintar. Namun begitu kita kurang mengetahui fungsi lain kelengkapan yg tersedia ada pada telefon pintar kita.Misalnya fungsi:
1. Wifi
2. Bluetooth
3. Infrared
4.gesture
5.Kompas
6.GPS
7.Gravity
8.Getaran(Vibration)
semua peranti tambahan ini jarang di terokai oleh pengguna Telefon Pintar. Da ia jarang dijadikan panduan untuk membeli nya. Biasa orang akan tanya CPU atau prosesor, Memori asasnya dan memori tambahan dan termasuk fungsi kamera, makin besar makin jadi kegilaan.
Kalau kesemua peranti tambahan itu ada pada telefon pintar , banyak benda lian yang boleh kita perluaskan penggunaannya.
Fungsi HP menggunakam peranti yang saya sebut tadi.
1. Wifi- 
selain dari ekses internet fungsi ini juga boleh digunakan untuk:-
 i.ekses point-membekalkan internet kepada peranti lain.
ii. Sambungkan ke TV yang mempunyai fungsi yang sama- gambar dapat dilihat pada skrin yang lebih besar.
iii. Mengawal TV menggunakan wifi(remote control)
iv. Mengawal alat lain saperti kapalterbang mainan berfungsi Wifi.
2. Bluetooth
  i. Menghantar dan menerima fail
ii. Sambungan ke handfree
iii. Sebagai peranti Microsoft presenter.-untuk dijadikan remote persembahan.

iv;Sambungan ke pembesar suara bluetooth
v. Sambungan menjadi remote alat letrik lain yang menggunakan fungsi Bluetooth
vi.membekalkan internet ke peranti lain menggunakan bluetooth
3.Infrared
Infrared menggunakan LED jenis Infrared (tidak nampak oleh mata kasar-boleh dilihat menggunakan kamera) Antara kegunaan Infrared adalah ia boleh dijadikan Universal remote control 
Antara alat letrik yang boleh dikawal menggunakan infrred  telefon Pintar.

Air Gseture
Air gsesture merupakan fungsi dimana kita mengawal telefon kita tanpa membuat sentuhan kepada skrin. Ia boleh membelek dokumen, menukar paparan bambar dan beberapa fungsi lain.
Namun begitu penggunaannya masih tidak banyak membantu kita mengawal peranti lain ketika artikel ini di tulis.

Kompas
Fungsi kompas adalah bagi tujuan untuk kita mengetahui aras terutama dalam menetukan arah Qiblat. Namun begitu fungsi ini akan menerima gangguan sekiranya terdapat peranti lain yang bermagnet di sisinya.

GPS
Fungsi GPS ini bukan sahaja menentukan kedudukan kita, malahan ia juga boleh digunakan serentak menggunakan wifi.
1. Navigasi- penunjuk arah ke sesuatu destinasi.
2. Mengesan kehilangan atau kedudukan gajet atau telefon kita yang lain.
3. Mengesan kedudukan rakan kita (Perlu memerlukan kebenaran)

Gravity
Fungsi Gravity yang dilengkapi oleh semua telefon pintar adalah bertujuan untuk mengekalkan kedudukan paparan pada skrin. Misalnya fungsi autorotate adalah menggunakan graviti bagi menentukan kedudukan pandangan. Sebab itu apabila kita terbalikkan telefon kedudukan gambar atau video akan berubah.

Getaran (Vibratetion)
Teknologi ini sudah lama digunakan pada telefon generasi yang terdahulu. Ia berfungsi untuk memberi ketaran kepada telefon sebagai fungsi tambahan kepada nada dering. Apabila dalam keadaan mood senyap, fungsi getaran ini memberi isyarat menggantikan nada dering.

Jadi sebagai rumusannya, Smartphone sebenarnya banyak membantu kita mengurangkan pembelian dan peralatan tambahan. ia di satukan menjadi satu peralatan bukan sahaja untuk fungsi internet, malahan mengawal peralatan lain juga.



No comments:

Post a Comment