Empat tahun
engkau ku dekati
walau kau semakin terbang
membuka sayap.
empat Tahun
Secebis hati kau bawa bersama
kau selit di sebalik lembaran hati kamu
empat tahun
kini hati di bawa
di kilik
tak pernah di belai...
Saturday, December 21, 2013
Di mana lagi?
Bila duduk sendirian, banyak perkara dok Fikir. Mencari mana silap dan salah diri sendiri hingga terasa amat tersingkir. Tiada lagi ruang untuk melepaskan gumpalan senak di dada, tak ada tempat untuk memperkongsikan persoalan yang menusuk mengusik.
Hendak senyum pun terasa hambar, ada cerita yang di kongsi dengan seseorang yang boleh menerimanya sebagai satu perkongsian.Tak apa lah..biarkan ia terperap macam tapai ibu kayu, lama-lama ia masam mencuka.
Bukan semua cerita dapat di kongsikan dengan seseorang. Ada setengah kawan hanya cerita tertentu sahaja yang boleh diceritakan, dalam konteks lain cerita kita akan menjadi satu tragedi ngeri juga.
Kerana aku percayakan kamu....

Saturday, December 7, 2013
Mawar Putih Tanda Perpisahan
Mata belum mengantuk, sambil-sambil menyiapkan tugasan. Asro Mustika menghidangkan satu cerita yang amat menarik. Mulanya tak lah perasan sangat pasal cerita. Tapi bila di tanyangkan perkat permulaan dengan hidangan lagu yang memang sedap di dengar, terpanggil juga untuk menyaksikan Telemovie tersebut. Lakonan Bintang Rosyam Noor amat berkesan menghidupkan cerita ini.
Kalau Nak tengok movie ini keseluruhan jom kita tengok di sini :
http://www.tontontube.my/2013/11/mawar-putih-tanda-perpisahan-2013.html
Saturday, November 23, 2013
CUTI yang Tak Jadi
Sempena Cuti sekolah ni, ingat nak bercuti, nak melawat cucu ke Rompin Pahang. Sayangnya bila tengok bajet..tidak mencukupi. Kalau pergi makan angin banyak perkara yg akan tergendala.
Ini lah, apabila banyak Komitmen yg perlu di ambil kira. Walaupun nampak Gaji agak lumayan, makin banyak gaji makin banyak yang perlu dibelanjakan ..semua demi kebahgian dan kemudahan anak-anak. Itulah pengorbanan seorang bapa yang kadang kala tidak di ketahui oleh anak-anak. Dan Bapa tidak ingin menceritakan kesukarannya kepada anak-anak.
Nak minta bantuan anak-anak yang sudah ada kerjaya? rasanya tak sampai hati, mereka pun ada komitmen sebagaimana kita jugak. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Tak pasal-pasal di sebabkan kita orang tua mereka pulak merana. Apa yang di harapkan oleh orang tua adalaha anak-anak mereka hidup aman bahgia. Itulah pengorbanan yang tidak ada kesudahannya.
Tak apa, nanti Allah Taala akan berikan kita rezeki, insyaalah kita akan bercuti. Semoga diperkenankan oleh Allah.

Thursday, November 21, 2013
DiBersarakan Oleh Yang Maha Esa.
Hari ini baru sahaja selesai berbual pasal kawan yang meninggal dunia akibat serangan angin ahmar atau strok, aku dikejutkan dengan berita kematian kakitangan sekolah lama yang juga sahabat. Cikgu Saidi, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Chenulang.
Terkejut juga, mengikut cerita beliau beriadah dengan basikal racing nya dan singga di sebuah kedai kopi, rebah dan terus menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Alfatihah...untuk Arwah.
Beliau rakan pentadbir yang low profail, bersahaja dan amat akur pada arahan.
Inilah yang dikatakan Bersara wajib terus dari semua...Kita sempat ke tidak menikmati perasaan kerjaya kita? Sebab-sebab kematian adalah kegagalan Jantung ,penyakit yang biasa di hadapi oleh manusia sekarang. Penyakit yang tidak mempunyai sebarang tanda awal.ia menyerang orang yang sihat.
Moga roh nya bersama orang yang soleh...Amin

Tuesday, November 19, 2013
Kita Semakin Jauh
Dah masuk penghujung tahun 2013. Mengapa rasa macam kita semakin jauh ya? Awak sudak sukar saya temui. Semakin payah untuk berbicara. Sudah hilang layananya pada tetamunya.
Kita semakin jauh,
Jauh hingga sukar dilaungkan
Hingga payah menjamah bayang
Kita semakin jauh kah?
Kita semakin jauh,
Jauh hingga sukar dilaungkan
Hingga payah menjamah bayang
Kita semakin jauh kah?
Saturday, October 26, 2013
Kulat lagi
Kalau dulu saya mengaitkan kulat dan anai-anai dan juga kalkatu, Hari ini aku ingin bercakap pasal kulat yang aku jumpa di sekitar rumah aku petang tadi. Ada dua spesis kulat yang aku jumpa tumbuh di batang kelapa dan batang pauh. Sejenis boleh di makan, dan satu lagi tak berani nak makan kalau-kalau ianya sejenis kulat yang beracun.
Ini Pula spesis kulat yang hidup di batang pokok kelapa, spesis ini tak tahu pula boleh di makan atau tidak. Rasanya tak boleh kot sebab tak nampak pula serangga yang makan kulat ini. Ora tua kata kalau taka da serangga makan, maknanya kulat itu beracun.
Teringat masa kecil dulu, selalu juga ikut kawan-kawan cari kulat di batang getah di tempat penyalaian daun tembakau. Masa itu penyalaian di buat menggunakan batang getah sebagai bahan bakar. Maka banyaklah batang-batang getah di longgokkan di belakang tenpat penyalaian itu. Ramai juga anak-anak dara yang datang mencari kulat di batang getah itu. Bukan dapat banyak pun tapi hanya untuk suka-suka sambil-sambil bersantai dan berbual dengan anak-anak dara. Masa itu tak ada niat apa pun, sekadar suka-suka sahaja.
Ini adalah jenis kulat yang tumbuh di batang pauh yang di tebang, rasanya spesis ni boleh di makan. Ia selalu juga tumbuh di batang-batang getah. kalau tak silap nama panggilan kulat ni adalah kulat puteh. Sebab warnanya puteh kot. Cara makan nya, siat-siat kan kulat ni halus-halus dan di goreng bersama telor.
Teringat masa kecil dulu, selalu juga ikut kawan-kawan cari kulat di batang getah di tempat penyalaian daun tembakau. Masa itu penyalaian di buat menggunakan batang getah sebagai bahan bakar. Maka banyaklah batang-batang getah di longgokkan di belakang tenpat penyalaian itu. Ramai juga anak-anak dara yang datang mencari kulat di batang getah itu. Bukan dapat banyak pun tapi hanya untuk suka-suka sambil-sambil bersantai dan berbual dengan anak-anak dara. Masa itu tak ada niat apa pun, sekadar suka-suka sahaja.
Kisah Kerengga.
sambil-sambil Shoot foto, teringat tak test ilmu baru menggunakan Gelas Polistin untuk di jadikan defuser falash. Orang kata dapat menapis cahaya supaya nampak soft. Lalu aku pun test la... Nampak nya okay jugak boleh lah dari guna defuser yang diu beli nampak profesional sikit.
Terpandang kisah kerengga yang begitu asyik berkerjasama antara satu sama lain. Sama-sama menggangkat sehelai daun, Bila jumpa nampak mereka melagakan sesunggut. Agaknya bersalam kot. Kemudian apabila seekor di ganggu, maka trakan yang lain meluru bukan membantu rakan nya tapi meluru menyerang sesiapa sahaja yang mengganggu rakannya.
Konsep Teamwork dalam masyarakat kerengga amat mengkagumkan. Masyarakat kerengga yang bersama mempertahankan kelompok mereka tidak kira apa jua keadaan. Walaupun rakanya memenag bersalah kerana menceroboh pokok yg bukan miliknya, rakan lain terus menyerang tanpa soal siapa salah, yang penting rakan perlu dipertahankan dalam apa keadaan nya.
Kita manusia macamana? tak boileh ikut apa yang di amalkan oleh masyaralkat kerengga sepenuhnya. Kita manusia kena tanya dulu,kena siasat dahulu baru bertindak. Sebab kita bertindak mengikut akal yang dikurniakan oleh Allah, manakala kerengga bertindak mengikut 'LUMRAH' atau pun Instin atau tindakbalas semulajadi kominiti kerengga.
Namun begitu keajhinan dan sikap mempertahankan kejiranan boleh kita contohi. Setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya dan ada yg boileh kita contohi.

Subscribe to:
Posts (Atom)