Kisah Kerengga.
sambil-sambil Shoot foto, teringat tak test ilmu baru menggunakan Gelas Polistin untuk di jadikan defuser falash. Orang kata dapat menapis cahaya supaya nampak soft. Lalu aku pun test la... Nampak nya okay jugak boleh lah dari guna defuser yang diu beli nampak profesional sikit.
Terpandang kisah kerengga yang begitu asyik berkerjasama antara satu sama lain. Sama-sama menggangkat sehelai daun, Bila jumpa nampak mereka melagakan sesunggut. Agaknya bersalam kot. Kemudian apabila seekor di ganggu, maka trakan yang lain meluru bukan membantu rakan nya tapi meluru menyerang sesiapa sahaja yang mengganggu rakannya.
Konsep Teamwork dalam masyarakat kerengga amat mengkagumkan. Masyarakat kerengga yang bersama mempertahankan kelompok mereka tidak kira apa jua keadaan. Walaupun rakanya memenag bersalah kerana menceroboh pokok yg bukan miliknya, rakan lain terus menyerang tanpa soal siapa salah, yang penting rakan perlu dipertahankan dalam apa keadaan nya.
Kita manusia macamana? tak boileh ikut apa yang di amalkan oleh masyaralkat kerengga sepenuhnya. Kita manusia kena tanya dulu,kena siasat dahulu baru bertindak. Sebab kita bertindak mengikut akal yang dikurniakan oleh Allah, manakala kerengga bertindak mengikut 'LUMRAH' atau pun Instin atau tindakbalas semulajadi kominiti kerengga.
Namun begitu keajhinan dan sikap mempertahankan kejiranan boleh kita contohi. Setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya dan ada yg boileh kita contohi.
No comments:
Post a Comment