Saturday, October 26, 2013

Kulat lagi

Kalau dulu saya mengaitkan kulat dan anai-anai dan juga kalkatu, Hari ini aku ingin bercakap pasal kulat yang aku jumpa di sekitar rumah aku petang tadi. Ada dua spesis kulat yang aku jumpa tumbuh di batang kelapa dan batang pauh. Sejenis boleh di makan, dan satu lagi tak berani nak makan kalau-kalau ianya sejenis kulat yang beracun.
Ini adalah jenis kulat yang tumbuh di batang pauh yang di tebang, rasanya spesis ni boleh di makan. Ia selalu juga tumbuh di batang-batang getah. kalau tak silap nama panggilan kulat ni adalah kulat puteh. Sebab warnanya puteh kot. Cara makan nya, siat-siat kan kulat ni halus-halus dan di goreng bersama telor. 


Ini Pula spesis kulat yang hidup di batang pokok kelapa, spesis ini tak tahu pula boleh di makan atau tidak. Rasanya tak boleh kot sebab tak nampak pula serangga yang makan kulat ini. Ora tua kata kalau taka da serangga makan, maknanya kulat itu beracun.
Teringat masa kecil dulu, selalu juga ikut kawan-kawan cari kulat di batang getah di tempat penyalaian daun tembakau. Masa itu penyalaian di buat menggunakan batang getah sebagai bahan bakar. Maka banyaklah batang-batang getah di longgokkan di belakang tenpat penyalaian itu. Ramai juga anak-anak dara yang datang mencari kulat di batang getah itu. Bukan dapat banyak pun tapi hanya untuk suka-suka sambil-sambil bersantai dan berbual dengan anak-anak dara. Masa itu tak ada niat apa pun, sekadar suka-suka sahaja.

No comments:

Post a Comment