Saturday, October 26, 2013

Kulat lagi

Kalau dulu saya mengaitkan kulat dan anai-anai dan juga kalkatu, Hari ini aku ingin bercakap pasal kulat yang aku jumpa di sekitar rumah aku petang tadi. Ada dua spesis kulat yang aku jumpa tumbuh di batang kelapa dan batang pauh. Sejenis boleh di makan, dan satu lagi tak berani nak makan kalau-kalau ianya sejenis kulat yang beracun.
Ini adalah jenis kulat yang tumbuh di batang pauh yang di tebang, rasanya spesis ni boleh di makan. Ia selalu juga tumbuh di batang-batang getah. kalau tak silap nama panggilan kulat ni adalah kulat puteh. Sebab warnanya puteh kot. Cara makan nya, siat-siat kan kulat ni halus-halus dan di goreng bersama telor. 


Ini Pula spesis kulat yang hidup di batang pokok kelapa, spesis ini tak tahu pula boleh di makan atau tidak. Rasanya tak boleh kot sebab tak nampak pula serangga yang makan kulat ini. Ora tua kata kalau taka da serangga makan, maknanya kulat itu beracun.
Teringat masa kecil dulu, selalu juga ikut kawan-kawan cari kulat di batang getah di tempat penyalaian daun tembakau. Masa itu penyalaian di buat menggunakan batang getah sebagai bahan bakar. Maka banyaklah batang-batang getah di longgokkan di belakang tenpat penyalaian itu. Ramai juga anak-anak dara yang datang mencari kulat di batang getah itu. Bukan dapat banyak pun tapi hanya untuk suka-suka sambil-sambil bersantai dan berbual dengan anak-anak dara. Masa itu tak ada niat apa pun, sekadar suka-suka sahaja.

Kisah Kerengga.
sambil-sambil  Shoot foto, teringat tak test ilmu baru menggunakan Gelas Polistin untuk di jadikan defuser falash. Orang kata dapat menapis cahaya supaya nampak soft. Lalu aku pun test la... Nampak nya okay jugak boleh lah dari guna defuser yang diu beli nampak profesional sikit.

Terpandang kisah kerengga yang begitu asyik berkerjasama antara satu sama lain. Sama-sama menggangkat sehelai daun, Bila jumpa nampak mereka melagakan sesunggut. Agaknya bersalam kot. Kemudian apabila seekor di ganggu, maka trakan yang lain meluru bukan membantu rakan nya tapi meluru menyerang sesiapa sahaja yang mengganggu rakannya.
Konsep Teamwork dalam masyarakat kerengga amat mengkagumkan. Masyarakat kerengga yang bersama mempertahankan kelompok mereka tidak kira apa jua keadaan. Walaupun rakanya memenag bersalah kerana menceroboh pokok yg bukan miliknya, rakan lain terus menyerang tanpa soal siapa salah, yang penting rakan perlu dipertahankan dalam apa keadaan nya.
Kita manusia macamana? tak boileh ikut apa yang di amalkan oleh masyaralkat kerengga sepenuhnya. Kita manusia kena tanya dulu,kena siasat dahulu baru bertindak. Sebab kita bertindak mengikut akal yang dikurniakan oleh Allah, manakala kerengga bertindak mengikut 'LUMRAH'  atau pun Instin atau tindakbalas semulajadi kominiti kerengga.
Namun begitu keajhinan dan sikap mempertahankan kejiranan boleh kita contohi. Setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya dan ada yg boileh kita contohi.