Sekembalinya aku ke Tanah Besar Semenajung Malaysia, dan ditempatkan di Sekolah Asal aku ketika sekolah rendah amat mengembirakan aku. Ya lah sekolah tempat kita mula belajar mengenal huruf,mengenal sejarah negara,mengenal angka dan mengira. Terima kasih kepada Arwah ayah aku yang bertungkuh lumus membawa aku masuk ke Daerah Kota Bharu dan di tempatkan di sekolah Kebangsaan Mentuan yang jaraknya hanya 1km dari rumah ayah aku.Arwah ayah ramai kenalan di JPN ketika itu, mudah lah memilih sekolah yang terbaik untuk aku, bukan aku sahaja malah ramai kenalan ayah yang ayah urus bertugas berhampiran dengan rumah mereka.
Melangkah aku di sekolah Mentuan, dengan penuh harapan ingin mencurah bakti kepada anak-anak tempatan. Mereka mungkin juga anak kepada saudara mara ku, atau mungkin kawan-kawan sekelas dengan aku. Pertama aku jumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran Cikgu Abdullah yang lebih mesra di panggil sebagai Ayah Lah sahaja.
"Nan boleh mengajar matapelaran apa?" Tanya Ayah Lah sambil tersenyum nampak gigi depan nya yang sudah hilang beberapa batang.
"Nan tak kisah ,ayah Lah, buleh ngajar belaka.Asalkan jangan Bahasa Inggeris dan Agama je." Jawab aku membalas senyuman Ayah Lah.
"Tahun satu boleh? jadi Guru Kelas dan juga mengajar subjek Tahun satu, kecuali Bahasa Inggeris dan Agama" Tanya Ayah Lah Lagi.
"Lagi molek Ayah Lah, Nan Suka ngajar murid yang tak tahu membaca dan mengira, Kat sekolah lama pun mengajar tahun satu juga"
"mmm...Jarang Cikgu Lelaki nak mengajar Tahun satu ni,Maklum lah kena banyak sabar "
"Tak apa, dah biasa dan dah ada pengalaman"
Dalam kepala aku ingin menggunakan kaedah yang pernah aku gunakan di Sekolah lama aku ketika berkhidmat di Bumi kenyalang. Kaedah pengajaran menggunakan muzik sebagai elemen utama memperkenalkan setiap topik dan mengajar cara didik hibur (yang di gunakan dalam KSSR sekarang).Ketika Di Sarawak, Aku mampu memulihkan sebuah kelas tahun 4 dari 3 orang dari 45 orang pelajar nya yang boleh membaca kepada 40/45 orang boleh membaca, satu pencapaian amat mengembirakan aku. Kaedah didik Hibur boleh menarik minat murid untuk belajar secara tidak langsung. Mereka dapat mengingati nya dengan baik dan kekal. Apabila aku mengajar tahun 1 KBSR juga pencapaian murid aku lebih baik jika dibandingkan dengan guru-guru lain sebelumnya. Hinggakan Guru Besar aku di sekolah berkenaan Encik Warrant Sija keturunan bidayuh meminta aku kekal mengajar di Tahun satu pada tahun berikutnya., Tapi aku meminta nya untuk aku mengikut pergerakan kelas aku ke tahun dua, alasannya aku mahu mencuba keberkesanan kaedah aku di tahun dua pula.
Isi pengajaran aku banyak menggunakan Muzik samada matapelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik, apa lagi matapelajaran Muzik.Gitar menjadi bahan bantu mengajar yang wajib bagi aku. akan ku bawa setiap hari ke sekolah. Radio kaset pula aku gunakan sebagai alat perakam untuk aku merakam lagu-lagu yang aku ciptakan. Lagu KBSR yang aku cipta aku mainkan bersesuaian dengan topik semasa. Antara Lagu nya adalah berkenaan dengan hari. Bagi orang Sarawak amat sukar menamakan Hari Ahad hingga Sabtu. Bagi anak-anak kecil ini terbiasa dengan nama yang biasa di gunakan oleh orang tua mereka. Hari Ahad Hari minggu, Hari Isnin Hari Satu dan sebagainya. Inilah Lirik lagu pasal hari untuk anak-anak ingat :-
Hari Ahad, Hari mingu
Hari Isnin Hari Satu
Hari selasa hari Dua
Hari Rabu hari tiga
Hari Khamis Hari empat
Hari Jumaat hari lima
Hari Sabtu hari enam
Hari Ahad kita berehat
Ahad,Isnin,Selasa,Rabu,
Khamis,Jumaat dan Sabtu
Lagu yang kiriknya mudah diingati dan di fahami oleh murid-murid aku di tahun satu.
Situasi agak berbeza dengan Sekolah Baru aku,SK.Mentuan. Guru Muzik langsung tidak mengajar muzik. Bukan salah mereka, ketiadaan bakat dalam nyanyian menyebabkan mereka tidak mengajar muzik.Namun bagi aku tetap gemar mengajar menggunakan kaedah muzik dan nyanyian.Agak sukar aku mengajar muzik jika tiada alat muzik. Pada minggu kedua, aku ke sebuah kedai muzik di bandar Kota Bharu bertujuan membeli sebuah Gitar untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Gitar lama aku ketika di sarawak aku sumbangkan kepada sekolah lama aku sebagai satu kenangan kepada mereka.
Terpikat aku dengan sebuah gitar yang cantik dan sesuai dengan citarasa aku. Harga pun tak lah mahal sangat dalam rm200 sahaja. Aku bawa balik ke rumah dan cuba menggubah semula lagu-lagu ciptaan aku dengan lirik yang bersesuaian dengan tempat aku sekarang.
Adik aku Rosman, dia seorang yang memandang serong pada Muzik. Baginya Muzik melalaikan. Pernah suatu masa dia patahkan rekoder adik aku (KBSR, murid kena belajar meniup rekoder)kerana adik aku meniupnya di rumah, belajar meniup mengikut note yang di berikan kepada cikgunya. Setiap kali aku memetik gitar dia jeling-jeling pada aku.Mungkin tak berani nak menegur.
Mengikut kata Mak aku, Gitar aku dulu pun patak kerana dia yang patahkan.Terkejut jugak aku.Ya ah nak buat macamana benda dah jadi. Aku suka mengambil pendekatan berdiam diri sahaja walaupun hati aku membantah. Bila aku tahu sikapnya begitu, aku pun tidak lagi memetik gitar aku di depannya. Aku memetik gitar aku di dalam bilik atau di bawah pokok kelapa depan rumah aku, itu pun ketika dia tiada. Aku tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Rosman, tiga kali ambil SPM. Dah tahun itu dia akhirnya berjaya memperolehi pangkat dua dalam SPM. Katanya dia nak minta masuk Maktab Perguruan.
"Elok lah, boleh tambah seorang lagi ahli keluarga kita menjadi Guru" ujar aku kepada nya.
"Tapi, semua option tidak layak dengan kelulusan SPM. Biasanya susah nak dapat kena bersaing " keluhnya.
"Takkan tak ada yang boleh membantu?"tanya aku lagi
"Ada, option Muzik"
"Hah, elok lah kalau begitu, minta jer option muzik"
"Mana aku reti main muzik. Dalam temuduga kena main alat muzik"
"Minta dulu, nanti kalau nak temuduga, belajar lah main alat muzik. Gitar ke,masih ada masa lagi nak belajar. Alaa.. bukan dia suruh main lagu-lagu rock pun. Paling tidak lagu KBSR. Lagu tu mudah sangat"
"Ya la, nanti aku minta. Mu kena ajar aku main gitar ya?"
Aku mengganggukkan kepala aku. Sejak itu aku mengajarnya cara bermain gitar. Permulaan aku memperkenalkan jenis-jenis kord gitar.
"Ada dua jenis, pertama Major Kord dan kedua Minor Kord"
Aku melakarkan kedudukan jari setiap kord asas major dahulu saperti A,B,C,D,E.F dan G. AKu berikan dia lagu kanak-kanak saperti lagu "tepok amai-amai" dan sedikit lagu mudah yang lebih rancak agar dia cekap menyusun jari menekan Kord Gitar.
Dalam masa dua minggu Rosman dah mula cekap dengan Kord Gitar. Namun begitu dia tidak cekap lagi menyesuaikan diri dnegan nada suara dan Kord yang di mainkan. Maka aku menunjukkan cara betul memetik gitar yang sesuai dengan kunci suara. Alhamdulillah dalam masa tidak sampai sebulan dia sudah boleh bermain gitar dan menyanyi. Ketika ini Gitar aku tidak lagi berada di dalam bilik aku, selalu sahaja berada di dalam bilik nya. Aku terpaksa meminta izin untuk menggunakan gitar aku sendiri.Kadang peluang aku menggunakan hampir tiada.
Sampai masa hari temuduga, Adik aku membawa gitar aku untuk bersedia dengan temuduga. Alhamdulillah dia berjaya dengan temuduganya sebagai seorang guru Muzik yang dulunya Muzik menjadi musuh baginya.Dia ditawarkan ke Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang dengan Optik Pendidikan Sekolah Rendah (Muzik). Bermulalah kehidupannya sebagai Guru Pelatih di Maktab Perguruan tersebut. Aku bersyukur kerana aku mampu membantu adik aku mendapat pekerjaan sebagai guru.
Setelah satu semester Rosman berada di maktab Perguruan, Aku dapat tahu dia telah membeli sebuah gitar dari pensyarahnya. Dia bawa pulang ketika bercuti, kami sama-sama bermain gitar dan dia belajar bagaimana bermain alat muzik dalam kumpulan. Aku lebih gemar bermain Bass mana kalau dia sebagai gitar rentak. Aku mengajarnya bagaimana bermain bass dan bermain melodi. Gitar ekostik aku lain dari yang lain kerana dilengkapi dengan "Pick-up" yang aku buat sendiri berserta dengan kawalan Tone padanya. Jika di sambungkan ke pembesar suara, bunyinya seakan gitar elektrik.Yang paling menarik lagi, Gitar aku juga dilengkapi dengan alat "Transmitter" yang bertindak sebagai gitar tanpa wayar. Jika di mainkan, tidak memrlukan sebarang kebel penyambungan pada pembesar suara.
Rosman berminat dan ingin menjadikan gitarnya juga seperti gitar aku. Aku tidak tidak banyak membantah atau alasan, aku dengan rela hati membuat pengubahsuaian kepada gitarnya sama saperti gitar aku. Ketika dia bawa gitarnya ke Maktab, Gitarnya menjadi tumpuan kerana kelainan pada gitarnya. Hingga ada yang mahu aku membuat pengubahsuaian saperti itu, tapi aku menolak dengan meletakkan harga yang tinggi. Aku menolak bukan kerana aku tidak mahu memperkembangkannya tapi aku ada perancangan lain sebenarnya.
Walaupuan aku membuat pengubahsuaian pada gitar Rosman sama dengan gitar aku, namun bunyi gitar aku lebih baik dan selesa. Ini kerana gitar aku diperbuat dari jenis kayu yang elok dan Lehernya lebih nipis dan kecil. Ini membuatkan Adik aku Rosman meminta untuk meminjamkan Gitar aku seketika untuk latihan mengajar. Ternyata aku tidak mampu menolaknya, apatah lagi Mak aku menyarankan aku mengikut sahaja apa kehendak adik aku Rosman. Ya, betapa sayang pun gitar itu, aku terpaksa mengikutnya dan menyerahkan gitar kesayangan aku kepada orang lain. Maka hilanglah dari pandangan aku buat seketika.
"Jaga elok-elok gitar ni, aku sayang ni, susah nak dapat "
"ya la..aku jaga molek,jange susoh la"
Selama beberapa bulan aku terpisah dengan gitar itu, Rosman tinggalkan gitarnya pada aku. Gitarnya itu lah yang aku gunakan untuk Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah. Benarlah walaupun ada pengganti, namun ianya tak sama dengan hak kita yang lama. Gitarnya tidak serasi dengan aku. Agak jauh berbeza dengan gitar milik aku. Aku pernah memberitahunya mengapa tidak dia cari gitar yang mempunyai ciri-ciri yang terdapat pada gitar aku.
"Semua pelatih beli dengan pensyarah tu, aku ikut jer la"
" Pensyarah kata gitar ni yang terbaik ke? berapa harganya?"
"Dia kata gitu, Harganya RM350, boleh bayar ansur-ansur"
"Oh mahal dari gitar aku, mestilah yang terbaik. Tapi tak selesa la..sakit tangan memegangnya dan tengok hujung jari pun rasa pedih. String dia tinggi sangat, tak macam gitar aku kan?"
Sekembalinya dari Maktab setelah tamat Latihan mengajar dan bercuti, aku harapkan dia bawa balik gitar kesayangan aku. Rupanya tidak. Aduh! sedih aku bila di tanya kemana pergi gitar itu.
"Hilang, aku tinggalkan di bilik guru, esok paginya dah tak ada"
Aku hanya mampu terdiam,apa lagi Rosman mendapat perlindungan dari ibuku.
"Dah hilang,orang curi nak buat macamana?" kata ibuku
" Gitar tu Nan sayang sangat, susah nak dapat. Pergi lah cari kat kedai kalau ada"
"Alaa...Nanti dia ganti lah"
"Bukan masalah ganti, masalahnya model begitu susah nak dapat.Kalau ada pun mungkin harganya mahal"
"Kan Man janji nak ganti, dia ganti lah.Apa nak bising lagi?" Bela Ibuku lagi.
Aku hanya mampu terdiam sahaja,tidak mampu lagi melawan. Selama ini pun kalau pasal Rosman, aku tidak langsung boleh bersuara di depan ibuku. Kalau bersuara, aku juga akan dipersalahkan dalam apa jua keadaan.
Kehilangan gitar kesanyangan aku itu menjadi tanda tanya , adakah benar-benar hilang? atau dia jual setelah mendapat tawaran yang menarik? atau dijadikan hadiah kepada seseorang untuk apa-apa kepentingan peribadi?.
Hari ini, aku sudah dapat jawapannya kema perginya gitar kesayangan itu. Aku selidiki secara tak langsung dari kawan aku yang sama-sama pelatih dengan adik aku Rosman. Gitar aku dijual kepada pensyarah Maktabnya dengan harga RM300. Pensyarah itu tertarik dengan keunikan gitar aku yang hanya ada 1 didalam dunia. Keunikkan yang tidak ada dijual di mana-mana kedai muzik. Berteknologi tinggi.Dengan menjual gitar tersebut, Di janjikan kelulusan cemerlang bagi matapelajaran Muziknya.
Sangkaan aku tidak meleset, itu lah sebenarnya berlaku. Namun aku tidak berdaya menyuarakannya kerana aku ada saksi tapi tiada bukti. Kalau ada buktipun aku tetap kalah dalam perbicaraan itu. Lebih baik aku diam sahaja, biarkan hati ku berbicara memberontak,membuat tunjuk perasaan di dalam sahaja. Apa guna aku bersauara kalau sudah tahu apa akan jadi.
Hingga ke hari ini, aku tidak mendapat apa-apa dari kehilangan gitar tersebut.Pampasan yang aku tahu bukan dari Rosman, tapi dari ibuku yang btidak setimpal langsung.
"Nah 100 ringgit bayaran balik gitar yang hilang"
Aku tak dapat berkata apa-apa.hanya menerimanya walau dalam keadaan tidak rela. Kalau lah ada ungkapan "Maaf la.sebab aku hilangkan gitar tu" pun dah mampu meredakan keremukan dalam hati. Tapi ternyata tiada pun ada rasa kesal di hatinya.Tiada pun rasa bersalah dalam diri nya.
Aku masih ingat lagi rupanya, warnanya coklat kegelapan dan aku ukirkan sekuntum bunga Rose melingkari nombor 6 (nombor kegemaran aku).Tone Kontrolnya mempunyai 3 kawalan iaitu Mid,Treble dan Bass. Amat sempurna rekaan aku itu yang boleh aku jadikan nya sebagai model "Proto-type".
Kembali ke Zaman Silam...bermula tahun 1980, Di mana pertama kali aku memegang Alat Muzik iaitu Gitar.Masa ni aku di Form Lower six. Duduk rumah sewa dan Gitar kepunyaan Kawan aku Izani(Sekarang ada di IIUM Gombak.)
Lagu pertama aku mainkan melodinya. Lagu Katak Lompat.
Apabila aku ke Maktab Perguruan, Aku ditawarkan sebuah gitar japok dengan harga yang murah. Apa lagi beli sahaja.Tambahan aku memang minat sangat dengan Gitar. Perlahan aku mempelajari cara bermain, cara memegang Chord dan mencari Kord. Banyak buku-buku yang aku beli bagi mendalami minat aku bidak muzik. Masa ini juga aku mula berjinak jinak dengan Keyboard. Aku dapat menguasainya walaupun tidak begitu baik.
Apabila aku ditempatkan Di sarawak, Aku menubuhkan satu Kugiran. Gabungan Orang Tua dan juga Remaja. Golongan orang tua aku ada pemain gitar utama, manakala anak muda aku brertindak sebagai pengurus,
Uniknya Kugiran aku ini adalah, kami buat Gitar sendiri. Di mana anggota kumpulan kami panda bertukang. Manakala aku sebagai juru elektroniknya. Percaya tidak aku telah membuat Pick-UP gitar sendiri. Aku buat PA atau pembesar suara gitar sendiri,Dan aku merupakan pemimpin Muzik yang di segani, Aku juga mengubanh banyak lagu-lagu Iban. Dan sempat merakamkan lagu gubahan aku itu untuk disiarkan di Radio Malaysia Sarawak saluran Iban. Lagu akau pernah berada di Carta popular selama tiga bulan berturut turut.
Ketika latihan mengajar, Gitar adalah satu alat yang mesti ada dan bawa setiap hari. Konsep didik hibur yang aku terapkan menjadikan perjalanan PnP menarik dan tidak membosankan murid.
Ketika aku di sekolah Mentuan, masa ini aku mula aktif bermain keyboard.dan mereka cipta serta menggubah Lagu Khas sekolah aku. Dan hingga kini, lagu itu di mainkan setiap hari Ahad, tanpa mereka sedari siapa yg menjadi komposer lagu itu.Bila aku tanya cikgu di sana, siapa komposer dia, mereka tak tahu, sehinggalah aku beritahu mereka.
Muzik dan aku sebati dalam sanubari, sukar untuk aku pisahkan payah untuk aku tinggalkan.
Thursday, July 9, 2015
TERPISAH-Petikan FB
Ketika
aku melihat dan menyaksikan hari pendaftaran anak-anak kita di hari
pertama persekolahan, aku cuba mengingatkan kembali saat aku mula
menjejakkan kaki ke bilik darjah. Namun kenangan itu tiada, yang ada
hanyalah ingatan aku berada di Darjah 3,dan yang amat aku terasa sangat
adalah ketika di tingkatan 1 di sekolah menengah sekolah baru ku. Yang aku ingat, aku turun dari bas berwarna biru SKMK dan terus ke kantin sekolah dan membuat pendaftaran di sekolah berkenaan.
Ketika
itu pakaian seragam kami berbaju putih dan berseluar pendek putih,
Kasut kanvas juga putih berstokin juga putih. Aku,5 sen Cukup
semuanya.Cuma kasut aku lain sedikit, tak macam kawan lain yang
kebanyakannya BATA dalam Kotak. Manakala aku, Kasut cap harimau dalam
plastik nipis, tapi bolehlah , yang penting adalah ke sekolah.
Masa aku di tingkatan satu, Mak berikan wang belabja sebanyak 20 sen. 10 sen untuk tambang bas pergi balik dan 10 sen untuk belanja makan di kantin. Ketika itu makanan murah, nasi belauk kalau lauk ikan hanya 5 sen sahaja. 5 sen untuk belikan minuman (rupanya harga minuman dan nasi sama ya, baru sedar). Kadang aku terlajak belanja, memilih untuk makan lebih, aku belanjakan 15 sen untuk makanan, minuman air paip sahaja. Atau aku simpan dan belanjakan untuk esok hari.
Lama-kelamaan aku mencari jalan , bagaimana untuk makan lebih sedap dan dapat minum setiap hari secara percuma. Lalu aku menemui pemajak kantin sekolah untuk meminta pekerjaan sebagai juru jual makanan di kantin.Akhirnya aku diterima, makan 3 kali sehari. Pagi, waktu rehat dan tengahari. Aku setuju dan aku mulai jadi pembantu jualan di kantin sekolah. Alhamdulillah, dapatlah aku makan dan minum dengan sempurna. Dan pada akhir bulan, pemajak kantin menghulurkan sedikit sumbangan tak banyak dalam rm6.00. Sejak dari itu juga aku tidak lagi meminta wang belanja dari kedua orang tua aku. Kalau mereka beri aku ambil, kalau tidak pun tidak mengapa.
Ketika di tingkatan satu, aku berada di kelas ke empat (Tiong ).Namun aku sentiasa perolehi tempat pertama dalam setiap ujian,manakala cemerlang dalam matapelajaran sains Moden. Apabila naik ke tingkatan 2 aku dapat langkau 1 kelas dan ke kelas yang kedua iaitu kelas merak,kelas ketiga adalah Serindit dan Bayan merupakan kelas yang pertama.
Ketika berada di tingkatan 2, hidup aku agak sukar, kerana aku tidak lagi membantu penjualan dikantin sekolah. Kerana pemajaknya bertukar tangan. Ketika di tingkatan 2 ini lah aku ditinggalkan oleh orang tua aku. Ayah aku masih lagi bertugas di Kota bharu.Hidup kami agar sukar ketika ini, ayah hanya akan balik seminggu sekali selepas meninggalkan sedikit belanja kepada kami, dia balik ke Besut. Tinggal kami berempat di rumah hidup dalam serba kekurangan.Aku masih lagi bersekolah petang. Belanja yang tidak mencukupi itu membuatkan kami terpaksa berjimat cermat. Buku-buku jangan harap lah kami dapat beli. Dan banyak menggunakan buku-buku tahun lepas. Alat tulis pun sama, hingga aku terpaksa berikhtiar membuat pensil aku sendiri iaitu dengan menggunakan raksa pensel yang lama dan pendek aku sambungkan di dalam sebatang kayu yang mempunyai lubang di tengah-tengah.
Ketika orang lain mengalas beg kesekolah, aku tidak. Aku mengumpulkan kotak di kedai runcit, lipas dan balut dijadikan Fail untuk aku masukkan segala alat tulis dan buku-buku aku. Hanya aku yang bawa fail.Untuk mengelakkan fail terburai aku gunakan getak yang digunakan oleh posmen mengikat surat untuk dijadikan pengikat.
Setiap pagi aku akan ke sungai untuk menangkap udang di sungai untuk aku rebus dan dijadikan bekalan untuk ke sekolah. Masa dapat alhamdulillah, jika tidak dapat aku kutip sayur kangkong yang aku tanam dan aku masak sendiri di jadikan sayur air dan itulah lauk aku hari itu.
Untuk menampah pendapatan aku sendiri, aku mengumpul cili burung,mungkin seminggu baru dapat aku jual dan di jadikan wang belanja tambang bas ke sekolah. kalau tidak aku menumpang basikal kawan aku ketika pergi kesekolah dan balik kadang terpaksa balik berjalan kaki, sekolah tidak lah jauh sangat dalam 6km dari rumah aku.
Di kampung aku ada pasar dimana dalam seminggu kedai ini akan menjual sayur-sayur dan ikan.Masa ini akau akan ke rumah jiran dan meminta kalau-kalau ada sayur nak dijual. Jika ada, maka adalah pendapatan aku esok. Biasanya aku jual ubi keledek, kacang bendi dan Cili Burung.
Aku tidak mempunyai pakaian yang sempurna,hanya seluar pendek yang aku gunakan di sekolah, pakaian itu jugalah yang aku pakai seharian. Hingga ada makcik tegor aku sebab pakaian tak menutup aurat katanya, nampak kepala lutut.
Poket seluar endek aku dah tidak boleh digunakan lagi,dah koyak hingga menampakkan kulit paha aku, terpaksa aku jahit sendiri dengan tidak berpoket. Masih ingat lagi seorang guru pendidikan seni aku bertanya kepadaku "Seluar dalam macam kulit ya Rosnan?" . Aku tersipu2 malu. Yang paling aku tak suka kalau aku bertugas untuk memadamkan papan hijau. Aku tidak mempunyai seluar dalam, kalau burung aku bangun..amat sukar aku nak melakukan tugas itu.Apa lagi kalau dipanggil guru untuk berbaris di depan kelas kalau tidak menyiapkan kerja sekolah.Nasib baik aku tidak di panggil. Cuma kalau waktu balik sekolah, kalau burung itu bangun, maka fail akulah sebagai pelindung agar tidak ketara dilihat.Ya, nak buat macamana hidup aku amat sukar. Menjadikan aku kuat untuk belajar.
Pernah sekali aku tersangat lapar, hingga aku terpaksa menggali pokok keladi untuk mendapatkan ubi nya. Bukan kira sangat ubi keladi apa, asalkan dapat untuk aku mengisi perut aku. Akibatnya bila ayahku balik, aku kena sebat kerana merosakkan pokok keladi yang memang tak ada isi,orang makan batang.Aku mana tahu. Merah belikat aku kena sebat dengan talipinggan askar wataniah ayahku.
Kadang kami terpaksa makan lempeng sahaja, kerana tidak mampu membeli beras. Ikan pula jangan harap kami dapat makan ikan sedap, biasanya ikan selayang. Sayur daun ubi kayu masak cili padi. Hari-hari itulah resipi kami.
Aku rajin mencari sayur dalam hutan, pucuk miding,pucuk ubi kayu,rebung dan pokok-pokok hutan yang aku tahu boleh di makan.Kadang nasib baik dapat kumpul kulat busut (Kulat pusu). masa inilah aku belajar makan ulam saperti jering relong (Jering yang tumbuh berakar). Jering Muda dan sebaginya.
Kisah silam bila diingat kepayahan hidup membuatkan aku bertambah kuat.

AKU DAN AYAHKU-petikan FB
Aku yang kini berusia melebihi setengah abad, Sudah bergelar Bapa dan Juga bergelar Datuk. Terasa cepat masa berlalu pergi tanpa kita sedari. Rasanya baru semalam kita bermesra.
Aku ingin mencerikakan tentang aku dan ayahku mengambil sempena hari Bapa yang seminggu berlalu.
Ayahku, Muhammad bin to' Amat terkenal saebagai seorang guru yang cukup disiplinnya samada mendidik anak bangsanya maupun mendidik anaknya. Disiplin ketenteraan yang di cedok hasil latihan beliau di dalam Askar wataniah sejak zaman Kominuis bermaharajalela di Malaysia. Garang,tegas namun ciri-ciri kebapaannya tidak pernah dizahirkan secara terus menerus. Ianya tersorok didalam perilakunya yg hadir tanpa kita sedari.Tiada pilihkasih antara anak-anaknya dan anak orang lain
Sewaktu aku kecil, ketika itu mungkin sekitar 5 atau 6 tahun (ingatan aku samar-samar) . ayahku ada sebuah motosikal "Norton" kalau tak silap. Dia meletakkan aku di tempat tangki minyak di depan. Manakala ibu ku biasalah bertenggek di belakang (Bertenggek kerana cara duduk mengiring di kusyen belakang). Masa ini aku rasa ayah hanya membawa aku sahaja, berhari raya di berek polis.Ketika ini aku sudah mempunyai adik, mungkin adik aku berada dipangkuan ibuku masa ini.
Bila aku masuk sekolah, ayah banyak mengajar aku berdikari. Berusaha untuk mendapat apa jua keinginan. Ayah tak pernah memberi apa-apa kemewahan kepada aku. Kalau nak duit beli aiskrim pun aku tak berani untuk meminta darinya. Namun begitu ada juga kadangkala dia menghulurkan syiling 5 sen untuk aku membeli aiskrim selalunya apabila selepas menerima gaji.Ayah ke pejabat pos mendapatkan kad simpanan pejabat pos. Caranya membeli stem 10 sen dan tampalkan di buku tersebut. Apabila penuh nilai stem tersebut akan di kreditkan ke dalam buku akaun simpanan pejabat pos.
Cara aku mendapatkan punca kewangan aku adalah dengan mengambil upah mencari belalang untuk makan burung seorang doktor di tempat aku. Di sini aku pelajari bahawa sukarnya untuk mendapatkan wang sendiri, terpaksa berpenat lelah, berpanas dan terpaksa mengorbankan masa bermain yg mungkin penting bagi seorang kanak-kanak.
Bila aku masuk sekolah menengah, ayah mengajar aku dengan aktiviti kraftangan dari bahan terbuang. Antaranya adalah membuat fail menggunakan kotak-kotak terbuang. Fail tersebut di balut menggunakan kertas minyak (masa itu mana ada kertas pembalut hadiah) atau menggunakan plastik alas meja yag berbagai warna. Fail ini aku gunakan untuk kesekolah , menyimpan buku-buku sekolah utnuk ku bawa kesekolah. Ketika ini rata-rata rakan-rakan ku menggunakan beg yg diperbuat dari kanvas.
Ketika aku di sekolah menengah atas, ayah memberi galakan dan mengembangkan bakat seni aku iaitu menulis dengan tulisan Italik menggunakan pen khas (sepatutnya). apabila dilihatnya aku minat menulis tulisan italik yg sebelum ini aku hanya menggunakan bulu ayam sahaja.Maka ayah membelikan aku pen khas italik. Beliau mengajar aku memlakar sijil untuk sekolah. Sijil sijil sekolahnya aku tulis dengan tulisan tangan menggunakan pen tersebut. Alhamdulillah bakat aku terus dikembangkan dengan meminta aku menyiapkan satu carta organisasi sekolahnya.
Semua ilmu yang nampak seolah-olah membebankan aku suatu masa dulu, kalau silap kena pelempang. Menjadikan aku seorang yang lebih berhati-hati. Ayah mengajar aku menggunakan mesin taip sejak aku berusia 10 tahun lagi. Sebab itu ketika aku di tingkatan satu, nota aku bertaip. Ketika aku di tingkatan enam, aku dapat menyiapkan satu majalah yang muka suratnya hampir 100 muka seorang.
Ketika aku di Tingkatan enam, aku di tugaskan menyiapkan buku perancangan "Blue Print" sekolah ayah aku. Alhamdulillah dapat aku siapkan dan apabila aku dilantik sebagai guru di Kota Bharu, aku tidak menghadapi apa-apa masalah menyiapkan buku tersebut seorang diri sahaja dengan bantuan sedikit dari guru-guru lain. Dari menaip laporan, menyediakan graf dan sehinggalah menjilid buku. Semua ilmu tersebut dicetuskan oleh ayah aku.
Ketika hayatnya, Ayah banyak bercerita dengan aku. Cuma ayah aku dia tidak pernah nampak diraup wajahnya rasa kebanggaan terhadap aku. Bukan dia tak merasa bangga, cuma dia tidak menonjolkan rasanya. Agaknya demi menjaga air muka anak-anak yang lain atau mungkin dia tidak mahu perasaan takbur lahir pada diri aku.Namu ku yakin dia bangga dengan kejayaan aku, ini dapat tafsirkan apabila ku lihat di dalam fail nya terdapat beberapa keping keratan akhbar yang terpapar wajah di dada akhbar dijadikan koleksi.
Terima Kasih Ayah, kerana jasa ayah menjadikan aku sekarang. Alfatihah buat ayah...moga Roh ayah aman di sana. Doa sekali aku kirimkan untukmu ayah...

Sunday, July 5, 2015
KEPERCAYAAN
Sebut pasal kepercayaan, terlalu sukar untuk kita meraih kepercayaan dari seseorang. Kepercayaan satu unsur yang sukar diperolehi oleh manusia. Selalunya apabila suatu kebenaran sekalipun kalau ianya benar, tidak akan menjadi benar selagi ianya belum mendapat kepercayaan. Begitu juga sebaliknya. Kadangkala kepalsuan lebih mudah untuk memperolehi status kepercayaan dari kebenaran itu sendiri. Ini kerana orang kebih suka mempercayai kepalsuan dari mempercayai kebenaran apatah lagi jika ia bersangkut paut dengan keburukan.
Untuk memperolehi kepercayaan, seotrang itu perlu bertungkus lumus menerangkan dan menjelaskan akan kebenarannya. Sebagai contoh bagaimana Nabi Muhammad menggambil masa yang agak lama untuk menyebarkan Ugama Islam ugama yang berlandaskan kebenaran.Untuk memndapat kepercayaan dari manusia ketika itu.
Kepercayaan selalunya sukar untuk diubah. Apanila seseorang mempercayai sesuatu, untuk menukarnya kepada kepercayaan yang baru terlalu sukar hingga sampai ke peringkat mustahil.
Kepercayaan boleh dibina bila tapaknya kukuh. Lidah boleh berkata "Ya" yang penting hati mampukan ia berkata "YA" seumpa lidah menyebut? Kepercayaan dalam berkasih sayang juga seringkali menjadi isu.
"Awak sayang saya?"
"Ya,saya sayang awak"
bolehkan kita terus menerima ia sebagai satu kepercayaan? Setemgah orang ia sudah cukup memadai dengan satu ungkapan "Ya". Manakala setengah orang "Ya" belum tentu lagi "Ya" pada hakikatnya.
persoalannya, kalau "Ya" satu keyakinan untuk membentuk satu kepercayaan mengapa ada unsur lain yang boleh dipertikaikan?
Kalau "Ya" mengapa
1. Menjauhkan diri
2. Sembunyikan identiti
3. Menyorokkan diri
4. Tidak berani berdepan?
Apa persoalan ini ujud, akan menggoyahkan kepercayaan individu seseorang. Akan timbul persoalan kepercayaan seseorang kepada seseorang.

Subscribe to:
Posts (Atom)