Sebut pasal kepercayaan, terlalu sukar untuk kita meraih kepercayaan dari seseorang. Kepercayaan satu unsur yang sukar diperolehi oleh manusia. Selalunya apabila suatu kebenaran sekalipun kalau ianya benar, tidak akan menjadi benar selagi ianya belum mendapat kepercayaan. Begitu juga sebaliknya. Kadangkala kepalsuan lebih mudah untuk memperolehi status kepercayaan dari kebenaran itu sendiri. Ini kerana orang kebih suka mempercayai kepalsuan dari mempercayai kebenaran apatah lagi jika ia bersangkut paut dengan keburukan.
Untuk memperolehi kepercayaan, seotrang itu perlu bertungkus lumus menerangkan dan menjelaskan akan kebenarannya. Sebagai contoh bagaimana Nabi Muhammad menggambil masa yang agak lama untuk menyebarkan Ugama Islam ugama yang berlandaskan kebenaran.Untuk memndapat kepercayaan dari manusia ketika itu.
Kepercayaan selalunya sukar untuk diubah. Apanila seseorang mempercayai sesuatu, untuk menukarnya kepada kepercayaan yang baru terlalu sukar hingga sampai ke peringkat mustahil.
Kepercayaan boleh dibina bila tapaknya kukuh. Lidah boleh berkata "Ya" yang penting hati mampukan ia berkata "YA" seumpa lidah menyebut? Kepercayaan dalam berkasih sayang juga seringkali menjadi isu.
"Awak sayang saya?"
"Ya,saya sayang awak"
bolehkan kita terus menerima ia sebagai satu kepercayaan? Setemgah orang ia sudah cukup memadai dengan satu ungkapan "Ya". Manakala setengah orang "Ya" belum tentu lagi "Ya" pada hakikatnya.
persoalannya, kalau "Ya" satu keyakinan untuk membentuk satu kepercayaan mengapa ada unsur lain yang boleh dipertikaikan?
Kalau "Ya" mengapa
1. Menjauhkan diri
2. Sembunyikan identiti
3. Menyorokkan diri
4. Tidak berani berdepan?
Apa persoalan ini ujud, akan menggoyahkan kepercayaan individu seseorang. Akan timbul persoalan kepercayaan seseorang kepada seseorang.
No comments:
Post a Comment