Thursday, July 9, 2015

AKU DAN AYAHKU-petikan FB


Aku yang kini berusia melebihi setengah abad, Sudah bergelar Bapa dan Juga bergelar Datuk. Terasa cepat masa berlalu pergi tanpa kita sedari. Rasanya baru semalam kita bermesra.
Aku ingin mencerikakan tentang aku dan ayahku mengambil sempena hari Bapa yang seminggu berlalu.




Ayahku, Muhammad bin to' Amat terkenal saebagai seorang guru yang cukup disiplinnya samada mendidik anak bangsanya maupun mendidik anaknya. Disiplin ketenteraan yang di cedok hasil latihan beliau di dalam Askar wataniah sejak zaman Kominuis bermaharajalela di Malaysia. Garang,tegas namun ciri-ciri kebapaannya tidak pernah dizahirkan secara terus menerus. Ianya tersorok didalam perilakunya yg hadir tanpa kita sedari.Tiada pilihkasih antara anak-anaknya dan anak orang lain

Sewaktu aku kecil, ketika itu mungkin sekitar 5 atau 6 tahun (ingatan aku samar-samar) . ayahku ada sebuah motosikal "Norton" kalau tak silap. Dia meletakkan aku di tempat tangki minyak di depan. Manakala ibu ku biasalah bertenggek di belakang (Bertenggek kerana cara duduk mengiring di kusyen belakang). Masa ini aku rasa ayah hanya membawa aku sahaja, berhari raya di berek polis.Ketika ini aku sudah mempunyai adik, mungkin adik aku berada dipangkuan ibuku masa ini.

Bila aku masuk sekolah, ayah banyak mengajar aku berdikari. Berusaha untuk mendapat apa jua keinginan. Ayah tak pernah memberi apa-apa kemewahan kepada aku. Kalau nak duit beli aiskrim pun  aku tak berani untuk meminta darinya. Namun begitu ada juga kadangkala dia menghulurkan syiling 5 sen untuk aku membeli aiskrim selalunya apabila selepas menerima gaji.Ayah ke pejabat pos  mendapatkan kad simpanan pejabat pos. Caranya membeli stem 10 sen dan tampalkan di buku tersebut. Apabila penuh nilai stem tersebut akan di kreditkan ke dalam buku akaun simpanan pejabat pos.
Cara aku mendapatkan punca kewangan aku adalah dengan mengambil upah mencari belalang untuk makan burung seorang doktor di tempat aku. Di sini aku pelajari bahawa sukarnya untuk mendapatkan wang sendiri, terpaksa berpenat lelah, berpanas dan terpaksa mengorbankan masa bermain yg mungkin penting bagi seorang kanak-kanak.

Bila aku masuk sekolah menengah, ayah mengajar aku dengan aktiviti kraftangan dari bahan terbuang. Antaranya adalah membuat fail menggunakan kotak-kotak terbuang. Fail tersebut di balut menggunakan kertas minyak (masa itu mana ada kertas pembalut hadiah) atau menggunakan plastik alas meja yag berbagai warna. Fail ini aku gunakan untuk kesekolah , menyimpan buku-buku sekolah utnuk ku bawa kesekolah. Ketika ini rata-rata rakan-rakan ku menggunakan beg yg diperbuat dari kanvas.

Ketika aku di sekolah menengah atas, ayah memberi galakan dan mengembangkan bakat seni aku iaitu menulis dengan tulisan Italik menggunakan pen khas (sepatutnya). apabila dilihatnya aku minat menulis tulisan italik yg sebelum ini aku hanya menggunakan bulu ayam sahaja.Maka ayah membelikan aku pen khas italik. Beliau mengajar aku memlakar sijil untuk sekolah. Sijil sijil sekolahnya aku tulis dengan tulisan tangan menggunakan pen tersebut. Alhamdulillah bakat aku terus dikembangkan dengan meminta aku menyiapkan satu carta organisasi sekolahnya.

Semua ilmu yang nampak seolah-olah membebankan aku suatu masa dulu, kalau silap kena pelempang. Menjadikan aku seorang yang lebih berhati-hati. Ayah mengajar aku menggunakan mesin taip sejak aku berusia 10 tahun lagi. Sebab itu ketika aku di tingkatan satu, nota aku bertaip. Ketika aku di tingkatan enam, aku dapat menyiapkan satu majalah yang muka suratnya hampir 100 muka seorang.

Ketika aku di Tingkatan enam, aku di tugaskan menyiapkan buku perancangan "Blue Print" sekolah ayah aku. Alhamdulillah dapat aku siapkan dan apabila aku dilantik sebagai guru di Kota Bharu, aku tidak menghadapi apa-apa masalah menyiapkan buku tersebut seorang diri sahaja dengan bantuan sedikit dari guru-guru lain. Dari menaip laporan, menyediakan graf dan sehinggalah menjilid buku. Semua ilmu tersebut dicetuskan oleh ayah aku.

Ketika hayatnya, Ayah banyak bercerita dengan aku. Cuma ayah aku dia tidak pernah nampak diraup wajahnya rasa kebanggaan terhadap aku. Bukan dia tak merasa bangga, cuma dia tidak menonjolkan rasanya. Agaknya demi menjaga air muka anak-anak yang lain atau mungkin dia tidak mahu perasaan takbur lahir pada diri aku.Namu ku yakin dia bangga dengan kejayaan aku, ini dapat tafsirkan apabila ku lihat di dalam fail nya terdapat beberapa keping keratan akhbar yang terpapar wajah di dada akhbar dijadikan koleksi.



Terima Kasih Ayah, kerana jasa ayah menjadikan aku sekarang. Alfatihah buat ayah...moga Roh ayah aman di sana. Doa sekali aku kirimkan untukmu ayah...




No comments:

Post a Comment